Thursday, July 30, 2009

Nama Aku

Lama sangat aku tak tulis blog nih. Bukan tak de masa, tapi feel tu tak der. Hu3... So kali ni, aku tulis pasal nama aku. Maksud nama aku. Ni pun aku ambik kat face book jer.. Tengok lah...


"Makna Cinta Dari Nama Mu"

F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
I : ..manis dan romatis
R : ..seorang yang lucu
D : ..kekasih yang terbaik pernah dimiliki oleh siapapun
A : ..seorang yang gila-gila
U : ..disenangi oleh semua orang
S : ..membuat orang tertawa



Kalu tgk dari segala aspek, der persamaan lak.. Rasa nk gelak pun ade.. Pe2 hal, ni post latest aku pas aku dok menyepikan diri.



Ni lah dak nama FIRDAUS tuh

Wednesday, July 8, 2009

Cinta Sebenar : Bab 7

Bab 7


Shah berjalan terhenjut-henjut bersama tongkatnya. Kini tongkatnya menjadi teman sejati, ke mana saja dia pergi, tongkatnya menjadi peneman. Kini hubungan dia bersama Ida sudah hancur musnah. Tiada lagi senyuman yang tinggal hanyalah duka. Shah pasrah. Bagi Shah biarlah masa yang menentukan semuanya. Gambar yang dilihatnya masih bermain-main di dalam fikirannya. Gambar dia bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam terkemuka. Dia tidak pernah pergi ke temapt seperti itu. Dari kecil ibunya mendidik dia dengan ajaran agama, mustahil untuk dirinya menjejakkan kai ke tempat seperti itu. Tapi siapa yang menunjukan gambar seperti itu kepada Ida? Siapa yang cemburu dengan hubungan mereka. Dalam fikiran Shah hanya ada Ikram, orang yang sememangnya cemburu dengan hubungan mereka.

Shah duduk di bangku yang disediakan pihak universiti, melepaskan lelah. Peluh yang keluar disekanya. Walaupun Shah diberi cuti, namun dia tetap berdegil untuk meneruskan pengajiannya. Terasa rugi, apatah lagi peperiksaan akhir untuk semester pertama hanya tinggal 3 minggu lagi. Shah bangun dan meneruskan perjalanannya ke perpustakaan, dia perlu menghabiskan ulangkaji dan menyiapkan tugasan yang perlu dihantar minggu depan. Sepatutnya dia bersama Ida, tetapi Ida menggugurkan namanya dari ahli kumpulan, maka tinggallah dia keseorangan menyiapkan tugasan yang diberi.

************************************************************************************

Ida berjalan seiringan bersama Ikram, menuju ke taman. Petang itu, Ikram mengajaknya ke taman yang selama ini ingin dikunjunginya. " Ida happy tak? " tanya Ikram dengan senyuman manis. Ida terdiam, di dalam fikirannya terfikirkan Shah. Terasa rindu kepada insan yang bernama Shah. Dulu, Shah berjanji untuk membawanya ke taman ini. "Ida?" panggil Ikram. "Iyer?"Jawab Ida terpinga-pinga, lamunannya terhenti. " Ida happy tak? Dari tadi Ikram tunggu jawapan Ida tau."Balas Ikram dengan nada keanak-anakan. Ida tersenyum dan menjawab lembut, " I'm happy." Ikram memegang tangan Ida, dan berjalan ke arah bangku yang tidak berpenghuni. Ida cuba melepaskan genggaman tangan Ikram, tetapi gagal. Ida terpaksa merelakan perbuatan Ikram itu.

Ida dan Ikram tergamam, melihat orang ramai berkumpul, bagai melihat pertunjukan sarkas. Mereka mendekati manusia-manusia yang semakin ramai itu. Sekali lagi Ida dan Ikram tergamam, apabila melihat Shah terbaring tidak sedarkan diri. Ida mendekati Shah, " Shah!" itulah ayat pertama keluar dari mulut Ida. "Ikram, tolong telefon ambulans, please!!" rayu Ida dengan air mata yang mula keluar dari matanya.

************************************************************************************

Shah membuka matanya. Terasa berat, seperti ada batu di matanya, yang menahannya dari membuka matanya. Shah terpandang Ida, bersama Ikram. Shah hanya memandang mereka, kemudian memejamkan matanya. Terasa pilu di hatinya, melihat Ida bersama Ikram. Ingatannya kembali kepada saat-saat sebelum dia terjatuh dan pengsan. Selepas dia mengulangkaji dan mencari bahan untuk tugasan, dia pulang ke kolej dengan menaiki bas. Semasa berjalan ke biliknya, kepalanya mula terasa berat. Selepas itu dia tidak sedarkan diri. Shah memegang kepalanya. Terdapat balutan luka di kepalanya, mungkin luka semasa dia terjatuh. "Shah, awak okey tak?" tanya Ida dengan nada risau. "Saya okey jer, thanks sebab datang tengok saya," Shah tersenyum, penuh kepura-puraan. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menghalau makhluk tuhan di depannya. Dan jika diikutkan hatinya, ingin saja dia mengucapkan kata rindu pada Ida. "Nape boleh terjatuh?" tanya Ida lagi. "Entahlah, saya pun tak pasti, mungkin penat kot." jawab Shah, sememangnya dia juga tidak menduga ini semua akan terjadi. Shah mula risau, risau akan tugasan yang perlu dihantarnya. Lamunan Shah terhenti apabila doktor datang menghampirinya. "Shah okey tak?" tanya doktor tersebut dengan senyuman. Shah hanya mengangguk kepalanya dan bertanya, " Bila saya boleh balik doktor?" Doktor tersebut tersenyum, "Kejap lagi boleh balik, tapi kena jawab beberapa soalan dari saya, dan kena buat pemeriksaan X-tray. Saya risau kalau-kalau ada luka dalaman di kepala awak." Terang doktor tersebut dengan panjang lebar.

***********************************************************************************

Shah berjalan ditemani Ida dan Ikram. Dari tadi mereka hanya membisukan diri. Kepala Shah terasa sakit, Shah tahu, bukan kerana luka akibat terjatuh. Ada sesuatu yang tidak pasti telah berlaku. Ini kerana, selama ini kepalanya terasa sakit, tetapi di tahannya. Ida mula perasan riak wajah Shah yang menahan sakit. " Shah, awak tak apa-apa?" tanya Ida. " Saya okey, awak jangan la risau, dan awak tak patut risau." jawab Shah dengan nada sindiran. Shah pun tidak pasti, mengapa ayat sebegitu terkeluar dari mulutnya. Ida terdiam, mungkin terasa dengan kata-kata Shah. Ikram dari tadi membisukan diri, hanya memandang Shah dan Ida.

Shah merebahkan badannya. Ikram belum balik, selepas Ikram dan Ida menghantarnya, mereka berdua keluar bersama-sama lagi. Terasa sakit hatinya melihat mereka berdua, tapi apakan daya, Shah yang merelakan perpisahan ini, dan tidak mempertahankan dirinya. Shah memegang kepalanya yang semakin sakit. Sekali lagi, Shah pengsan.


Bersambung...

Komuter dAn LRT

Adeh...Ari ni aku nk citer pasal pengangkutan awam yang kita rakyat Malaysia bangga-banggakan.
Baru2 ni, aku kuar ngan sorang awek, yang penting bukan si dia, sebab si dia kan dah bertunang. Ehe...Sorry si dia...

1st: komuter





Ni la rupe komuter, pada sape2 yang tak penah tengok.
So, back to da story, aku dengan awek ni sampai stesen komuter kul 11 kot. Lebih kurang la. Seperti penumpang lain, semua menanti train yang sememangnya laju nih. Lama gila. Destinasi kami just satu stesen jer, tapi nak tunggu train tu, setengah jam ke 45 minit jugak. Bayangkan masa yang terbuang?Tak kan tak der jalan penyelesaian?Dorang tak pk ke semua ni?Ntah la..Aku pun tak faham lah.




Bekas PErdana MEnteri Kita, Pak LAh pun pernah wat pemeriksaan mengejut, tapi still sama. Adeh..Sedih2..




2nd:LRT




Kami meneruskan perjalanan kami, ke Times Square. So kena naik LRT. Dari stesen Bandar Tasik Selatan ke mane ntah. AKu lupa. Aku singgah beli air kat kedai berhampiran sebelum masuk ke dalam kawasan stesen. Air yang aku dan awek ni dh habis ku minum. Sebagai rakyat MAlaysia yang baik ati, aku nak buang la sampah ni, tin kosong. Cari punyer cari tong sampah di kawasan tu, tapi..Sunggoh kecewa. Leh lak takder. No wonder la rakyat Malaysia suka buang sampah merata2. So aku terpaksa la mencaring tin itu dengan penuh kasih sayang. Hampeh!