Monday, June 29, 2009

DIa Yang Teristimewa

Selama ni..Aku tak pernah bercerita tentang dia. Mengapa yer? Aku pun tak tau.. Tapi tuk kali ni, aku akan citer pasal orang yang berada di dalam hati ku ini.

Aku mula kenal dia pada 6/5/2009 yang lepas. Kalu nak ikutkan..hubungan aku ngan dia..selama 1 bulan nk dekat 2 bulan gak la aku dengan dier nih.

Macam mana orang nyer?? Cam ne si Dia ni?

1) Periang...Ni aku suke..that why aku ngan dier gelak jer.
2) Sporting..Aah, dia spoting giler...
3) Understanding..yup dier faham perangai aku yang teruk giler nih!!
4) Pemaaf...hu3..ni paling best..dier ni pemaaf..tapi aku tak penah gtau dier pun...
5) Penyayang..tup penyayang sgt2..hu3..
6) Caring....wahh...ni yang best..caring sgt2..
7) Tempat berkongsi segalanya....Dia la tempat aku gtau semua hal...
8) Sumber semangat...ermm...dier banyak bg aku semangat...
9) Sumber inspirasi...wahhh.....nothing can i tell...tak leh nk cakap..
10) Gelak dia..Tu yang aku suke....Dier gelak..menenangkan fikiran aku..aku yang terasa pun leh sejuk..entah la naper..pelik2..
11) Manja..Aku jer yang tau cam ner..Ehe..

Tu 11 jer aku bagi...Pasal dier...Kalu nak tulis semua..Entah berapa ribu ntah la...

TAPI....

Hubungan kami dah boleh dianggap berakhir. Nape? Salah dia atau aku? Dua2 tak salah. Kami tak melakukan benda yang boleh meruntuhkan impian kami ni. Tapi suratan yang telah ku duga. Tapi tidak aku duga secepat ni.

SHE THE BEST GIRL I EVER HAVE....AND YOU THE BEST...HOPE U HAPPY...OR CAN BE HAPPY..COZ UR LAUGH CAN MAKE EVERY PERSON HAPPY..BABY, DONT CRY AND SAD...

Kalu boleh nk jer ku tulis lagi..tapi cukup la..she will be in my heart...KAU DIPAKSA KU TERPAKSA.



JANGAN PISAHKAN

Biar cinta terhalang gunung dan samudra
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauhi ada di depanku
Takkan goyang sumpahku terhadap dirimu

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Korus:
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Biar cinta diuji bak lautan gelora
Aku setia menjulang namamu dijiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti, hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita



Friday, June 26, 2009

Hari Sedih




Patut ke patut aku tulis blog citer pasal kesedihan di hati ini? SUke ati aku lah..blog aku...tul tak?
Aaaaa..ari yang sedih...Aku rasa nak buang segala ingatan jer..Tak nk tau password si dia dah..Sakit ati..Yup..Aku sakit ati giler..Sedih pun ader..Ni 1st time aku sedih ngan dia..Kalu der perasaan cam ni..tu tanda mala petaka...Ye ker?Biasanyer la...

Dia Curang Ker???
Entah la...Selama ni aku percaya kat dia.. Tapi kali ni sejuta keraguan melanda hati aku. Seribu tanda tanya..Serius kalu ikut rasa hati, mahu sajer aku undur diri..If u have someone else...just tell me..N i will go...Tu kot ayat yang akan ku katakan.

Ntah..mungkin dah nasib aku kot...

Tuesday, June 16, 2009

My Lovely DaD


My Dad




Adeh..Kecik nyer pict abah aku ni... Nk wat cam ner..Ni je yang ada. My dad...Ermm...Aku tak rapat sangat. Masa kecik2 dulu rapat la. Ye ker? Tak ingat sangat. Yang aku ingat, abah aku ni, baik jer ngan aku time kecik dulu, tapi kalu wat salah.Huuuuuuuu..Takut oo....

Sekarang...
Makin rapat kot, yup rapat. Mungkin dulu kami kurang komunikasi. Apa2...Ma lah tempat aku mitak duit, mitak tu ni. Tp duit abah. He3.. Skunk, abah dah tak keje. Bukan malas, tapi anak2 dh besar. Makan minum, kak long bagi. Aku bg sikit2 jer. Ehe... Tak tau la cukup ke tak kak long bagi tu..

Why ari ni aku cite sal Abah aku nih?

1) Birthday dier. Pada 11/06/2009. Umo dier? Adeh..Jangan tanya..Aku tak tau. Ehe..Anak yang baikkk...So..Aku wish by sms jer.. Sbb time tu aku nk kuar..Ehe.. Esoknya br aku tel. Tel tanya nak adiah per..So last2 aku janji nk bagi suar kat dier..Adesh..
2) Hari bapa. Kalu tak silap aku, 13 hb Jun.. So aku tulis la skit pasal ayah aku nih..He3...

My Family

Sunday, June 14, 2009

Cinta Sebenar : Bab 6

BaB 6




Ida merenung wajah insan yang disayanginya. Seribu kekesalan melanda dirinya. Petang itu, dia langsung tidak berbicara dengan Shah. Merajuk, kerana kedegilan Shah yang ingin bersenam walaupun kakinya masih belum sembuh. Sememangnya dia gembira apabila dapat bersenam dengan Shah. Kaki Shah berbalut, jelas sekali kakinya patah. Muka Shah juga luka, mungkin akan berparut selepas ini. Tapi itu semua tidak akan menghapuskan rasa cinta Ida terhadap Shah. Sememangnya Ida amat menyayangi Shah. Lamunan Ida terhenti apabila ibu kepada Shah datang bersama dengan saudara-saudara Shah. Ida bangun dan bersalaman dengan ibu Shah.
" Saya Ida, mak cik ni mak Shah ke", tanya Ida gugup. Inilah pertama kali dia berjumpa dengan mak Shah.
"Ye, mak cik mak Shah, anak ni sape?"tanya perempuan yang sudah berusia separuh abad itu dengan senyuman manis. Namun masih belum dapat menyembunyikan kerisauannya terhadap anak lelakinya itu. "
Saya kawan Shah, saya bersama dia semasa kejadian."terang Ida sambil mengambil kerusi untuk mak Shah.

Pertemuan dengan mak Shah telah menambahkan keakraban Ida dengan keluarga Shah. Ida senang bila bersama dengan ibu kepada lelaki pujaan hatinya. Namun, dia masih risau tentang keadaan Shah, Shah masih lagi koma. Ida geram, geram terhadap pemandu yang memandu laju dan melanggar Shah. Tanpa diduga air mata Ida mengalir keluar. Ternyata hatinya sayu apabila mengenang nasib Shah. Suli yang hanya memerhatikan Ida dari tadi menghampiri Ida.
" Sabarlah, aku yakin Shah akan pulih."Pujuk Suli sambil memegang tangan Ida.
" Aku tau, tapi aku tak bercakap pun dengan dia sebelum kejadian, merajuk adalah. Tapi dia tetap layan aku dengan baik, buat lawak. Make me smile. Aku rasa bersalah sangat." Terang Ida dengan tangisan yang teresak-esak.
Suli mula serba salah, mula hilang akal apabila melihat kawan baik mula menangis seperti orang yang kematian anak. Apa yang mampu Suli buat hanyalah membiarkan rakannya itu menangis. Melepaskan segala masalah dan beban yang dihadapinya.

***********************************************************************************

Shah membuka matanya, terasa berat kepalanya. Dia melihat ibunya bersama seorang gadis. Gadis yang bergelar cinta pertamanya. Shah tersenyum kepada mereka berdua. Dua wanita yang menceriakan hidupnya. Ida membalas senyuman Shah. Kalau boleh, ingin saja dia memeluk lelaki itu, tapi niatnya dihalang oleh keadaan persekitaran yang tak mengizinkan.
" Shah dah bangun?Tanya ibu Shah.
"Dah, dah lama dah bangun, semalam lagi,"jawab Shah dengan nada bergurau.
Ibunya hanya menggelengkan kepala. Sememangnya dia tahu, anaknya suka berjenaka.
"Mak jangan la risau Shah ok la, lagi pun ada puteri yang jaga Shah,"sambung Shah sambil menjeling ke arah Ida. Ida tersipu malu, sememangnya Ida banyak menghabiskan masanya di hospital ini. Sudah seminggu Shah tidak sedarkan diri.
" Habis mak tak jaga Shah ke?" tanya mak Shah atau lebih dikenali sebagai Puan Salmah.
"Mak pun jaga Shah, sejak Shah belum lahir lagi," jawab Shah sambil tersenyum.

Ikram terus melangkah laju, mempercepatkan langkahnya menuju ke arah gadis. Gadis yang membuatkan dia tidak dapat melelapkan matanya.
"Ida!" Jerit Ikram.
"Eh! Ikram.Kenapa?"tanya Ida dengan wajah terkejut.
" Ida, saya nak cakap sesuatu dengan awak, awak ada masa tak?"
" Nak cakap tentang apa?" Tanya Ida lagi, dengan dahi yang berkerut.
" Pasal Shah." Jawab Ikram ringkas dengan wajah yang serius.
Ida tergamam melihat gambar yang dipegang Ikram. Terasa darah di dalam badannya bergerak kencang. Tidak diduga lelaki yang disayanginya melakukan perkara sejijik itu. Ida merasakan dirinya tertipu, selama ini dirinya amat jujur dengan Shah. Ida mengambil gambar tersebut dan berlari pergi meninggalkan Ikram. Ikram tersenyum. Tersenyum puas. Ini bermakna dia berpeluang mendapatkan Ida.

*************************************************************************************

Shah terdiam. Melihat gambar yang diberikan oleh Ida.
" Ida percaya ini semua?" Tanya Shah, matanya masih lagi menatap gambar tersebut.
" Ya, Ida percaya, tak kan Ikram nak tipu?" Jawab Ida keras.
" Kalau Ida nak percaya, terpulanglah. Shah tak marah. Shah tak salahkan Ikram." Balas Shah, sambil menghulurkan gambar tersebut kepada Ida.
Ida memandang Shah, cukup mudah bagi lelaki ini. Mengapa lagi ini tidak menafikan?Itu lah yang diharapkan oleh Ida. Tetapi lelaki itu seperti mengiyakan sahaja perbuatannya ini.
" Ok, kita putus!Anggap la kita tak ada apa-apa lagi!"Ida berlalu pergi. Shah hanya terdiam dan bangun mengambil tongkatnya. Berjalan menuju ke biliknya.

Ikram puas melihat drama di depannya. Segala rancangannya berjalan lancar. Peluangnya untuk bersama Ida semakin cerah, secerah mentari pagi.










Bersambung lagi....


Apakah kesudahan hubungan Shah dan Ida? Adakah hubungan mereka berakhir begitu saja?
Wait for next week.

Futsal Ari tu

Sabtu lepas bersamaan dengan 6/Jun 2009




Ari Sabtu lepas aku ada cite pasal aku g main futsal. So ari ni, aku citer lagi, tapi der detail skit dan ada gambar sekali. Ehe.. Gambar kat atas ni, team aku. Der 5 orang semuanya. Dengan bakat semulajadi, team kami yang digelar Pasukan Itik berjaya masuk ke separuh akhir. Kami dapat tempat ke-empat. Ok la tu, tu pun sbb aku as a goal scorer dah pancit. Memang kalu boleh aku nak kuar je time tu. Sebab aku pancit, tak de org nk score dah. So dapat la tempat ke-empat. kalu tak, dapat kot tempat ke-tiga.





Dalam pertandingan tu juga, aku score every game kecuali last game untuk tempat ketiga dan keempat. Kira satu pencapaian gak la tu. Kalu tak penat.....
So kami akan repeat lagi, pada 27 hb ni.. So untuk persediaan aku akan jogging tiap2 petang. Tulis jer akan jogging tuh..He3... Kat gambar tu..Pompuan yang pakai bj putih tu bukan team kami yer..

Pasukan Itik, nape nama pasukan itik?? Sebab..time tu aku pakai baju ada gamba itik, so dari pasukan beruang, tukar kepada pasukan itik. Layan je lah..






Ni antara yang hadir, sebenarnya ramai lagi.. Tak der lak dalam simpanan aku. Hu3..

So..Sekian pasal sukan kegemaran aku nih.. Maybe pada 27 hb nih aku cite lagi pasal futsal nih..

Sabtu dan Pagi AhAd

Sabtu 13/Jun dan Ahad 14/Jun 09

Ari ni aku balik lambat. Kul 2 pagi sampai umah. Sabtu aku kuar g Shah Alam. Ada big event yang perlu aku hadiri. Macam hari2 yg seblmnya, Kak Hani dan Abg Lan datang ambik aku kat umah. Sejak dua menjak ni, aku ngan kak hani makin rapat. Semua berkenaan Bisnes. Tapi sebelum aku siap2 aku muntah. Muntah lak kuar nasik lemak sarapan pg tu. Lepas melantak 2 bungkus nasik lemak, time nk mandi aku muntah. Risau sgt si dia biler aku gtau dia. 1st time aku tgk dier risau sgt pasal aku. Katanya, baik tak yah gemuk kalu muntah2 mcm ni. Nk gelak jer aku rasa. Tp yg pasti, dia semakin syg kt aku. I can feel it. Thanks baby.

Sabtu ni, internet kat umah problem. Ni pun aku taip kat word dulu pasal hujung minggu ni. Hampeh. Berbalik kepada main topic. Pada jam 4 lbh kak hani sampai umah. Bersama abg ipar aku, abg lan. Kak hani kan akak aku, so abg lan abg ipa aku la. Kami bergerak ke komuter serdang. Nk ambik Dila. Sampai sn, Dila pun dh sampai kt sana. Pas2 bergerak ke event tu. Kat sn gak ktorg juper juan yg mmg dh sampai. Event tuh hbs kul 11 kebih kot.

Pastu ktorg anta Juan blk. Sesat lak. Juan pun tk tau cam ner nk blk politeknik dier. So sesat lah kami. Last2 jupe gak. Mkn kat kedai mamak pastu bergerak ke Cheras. Anta Dila. Jam 2 pg sampai la aku kat umh. Bukak pc, still tk leh online. Hampeh. So, sbb astro kt umh br tmbh, aku tgk la channel br tuh. Citer tk de. Tp last2 ade citer yg br start. Aku lupe tajuk dier. Tp pelakon dier hans dan erra fazira. Love story lak. Adeh…last2 aku layan. Lama gak tk layan citer cam nih. Tp best la gak. I like this story, kalu tak suke tak kan tgk sampai abis..he3.. Pastu, aku buat la pe ku buat skunk. Taip blog ku kat word. Hampeh. Time skunk dh kul 5. adeh..mesti si dia bising pasni, sbb aku tido lmbt.hu3..

Dat all..c u when I c u...

Blogger Award



Blogger Award

Tetiba je mlm ni aku bukak blog put. De lak nama aku. Top 5 dier. So, aku ambik la anugerah nih. tak tau la ikhlas ke tak put tu..he3..So, aku jwb la soklan kt bawah tu..

Korang rasa blog korang cool?
Tak cool pun... Sebab tak ramai pun folo blog aku nih..he3...

Ape tagline blog korang?
This is my zone.. kira ni aku punya lah..Suka ati aku lah nk tulis ape..he..

Berapa kerap anda menukar theme blog korang?
2kali kot..tp time nk test tu..byk kali gak..he3...

Bagaimana korang menjerumuskan diri dlm dunia blogger?
Tengok blog put..time tu ngah keciwa ngan bekas awek..so soh la put hajo aku nih..Ssh gak put nk hajo aku..he3..tak lupa gak..b4 aku joint nih..aku tgk blog nana gak..he3..

Sape sifoo anda?
Tak lain tak bukan putri...

Senaraikan top 5 blog2 yg anda rasa cool..
1. Putri (tak pe ke letak put nyer nih?)
2. Sue (sbb dier jeng3 ngan aku)
3. Ayu ( sbb member aku)
4. Nanaa (sbb member aku gak)
5. Sha (sbb member aku gak)

Yang xde dlm senarai tu jgn amek ati lak. sbb tu jer org yg der blog n yang aku ikut..ho3..jgn segan2 amek jew award tu...put yg bg award tuh kat aku..so korang lak ambik.. << bg kebenaran nih

Thursday, June 11, 2009

From Her tO mE Part 2

Tahukah kau ….sayang ku?


Masa berlalu begitu perlahan tanpa diri mu..
Diri ku jadi tidak menentu…!



Aku rindu ingin bersama mu
Aku rindu ingin menyentuh mu

Aku rindu senyuman mu..
Aku rindu belai manja mu
Aku rindu nada suara mu
Aku rindu sentuhan mu
Aku rindu belaian kasih mu…



Arrrggghhhhhh…!!
Aku dilamun rindu…!

Tuesday, June 9, 2009

From Her tO mE




From Her


ketahuilah

sesungguhnya hati ini sentiasa memanggil nama mu....

hanya diri mu yang dapat membahagiakan diri ku....

akan ku titipkan bait-bait rindu buat tatapan mu...


dahulu aku tak pernah mengerti perasaan mu

ku lewati hari-hari tanpa mu

kini

aku terlalu mengharapkan kasih mu

baru ku tahu

betapa pentingnya diri mu berada disisi ku



kau yang bernama kekasih

terharunya rasa hati ini

pabila berjauhan bukannya mudah untuk aku melupakan

rinduku pada teduhnya renungan mata mu

dan

gemersik suaramu membelai jiwa ku nan sepi

aku mengaharapkan agar kau dapat mengisi..

ke segenap ruang dalam hidup ku ...

dengan atas nama CINTA .....







Sunday, June 7, 2009

Cinta Sebenar : Bab 5

Bab 5

Ikram menghempaskan topi keledarnya. Drama yang baru disaksikannya cukup menghancurkan hatinya. Drama cinta yang membuat marahnya membuak-buak. Dia tidak sangka, rakan sebiliknya yang akan merampas gadis yang amat disayanginya. Sekian lama dia menyimpan perasaannya dan setelah sekian lama dia menunggu, akhirnya Ida dirampas orang. Ikram mula menyimpan dendam, dan bersedia untuk merampas Ida dari lelaki yang menjadi musuh barunya, Shah.

Shah agak penat, dengan keadaan kaki yang masih belum sembuh, dia menaiki tangga menuju ke biliknya. Aduh, time kaki aku sakit ni, lif lak rosak. Dengus Shah yang termegah-megah menahan penat. Shah duduk ditepi tangga, menyeka peluhnya yang keluar. Namun kepenatan dan ketegangan Shah hilang apabila dia teringat kenangan dia bersama Ida. Sememangnya hari ini merupakan hari yang bermakna buat Shah dan Ida. Hari ini juga, segala kekusutan antara mereka terurai dan rasa sayang antara mereka diluahkan. Akhirnya dalam tidak Shah sedar, mereka telah menjadi pasangan kekasih. Lamunan Shah terhenti apabila telefonnya berbunyi.

Awak, thanks. Im happy with u.

Shah tersenyum membaca sms yang dihantar Ida. Shah bangun dan menuju ke biliknya. Sebaik pintu dibuka, Shah terkejut melihat Ikram yang sememangnya sedang menunggu dia.
" Kau keluar ngan Ida kan?" Tanya Ikram setelah melihat Shah.
Shah tergamam, tidak pasti untuk menjawab pertanyaan itu, " Yup, aku keluar dengan Ida, nape?" kini giliran Shah pula menanyakan soalan kepada Ikram.
" Kau tau kan, Ida tu awek aku? Nape ko kacau lagi?" Tanya Ikram bertalu-talu, seolah-olah peguam bertanya soalan.
" Aku dah tanya Ida, dia kata antara kau dengan dia tiada hubungan apa-apa kecuali kawan." Shah memberi penjelasan ringkas.
Ikram terdiam. Sememangnya dia dan Ida tiada hubungan yang istimewa. Hanya kawan. Ikram berlalu keluar, sambil memandang wajah Shah.

************************************************************************************

Sejak peristiwa itu, hubungan Shah dan Ikram semakin renggang. Mereka berdua sememangnya tidak boleh bersua muka. Ikram pula telah melancarkan perang mental, dia mula menyebarkan berita tentang Shah yang merampas kekasihnya Ida kepada kawan-kawannya. Shah dipulau oleh rakan sekelas, dan seandainya kawan-kawan Shah melihat Shah bersama Ida, jelingan penuh dendam akan ditunjukkan oleh mereka.

Ida duduk disebelah Shah yang telah lama menunggu. " Sorry awak, lambat. Tadi ade perbincangan dengan kawan-kawan pasal execimen." Ida mula meminta maaf kerana sedar tentang kesalahannya. " Tak pe, kan Ida dah bagi tau tadi," balas Shah sambil tersenyum. " Shah ok ke? " tanya Ida. " Ok je, nape? Ni mesti pasal Shah kena pulau kan? I'm ok. Don't worry la." Shah menjawab sambil bangun. Ida mula terpinga-pinga melihat Shah bangun. "Shah nak pergi mana?" tanya Ida dengan nada risau. " Awak lupa ye? Kan kita janji nak ke library. Semalam awak yang beriya-iya nak saya ajar subjek ekonomi kan?" Jawab Shah sambil berjalan meninggalkan Ida. " Tunggu!!" Ida berlari menuju ke arah Shah. Mereka menuju ke arah perpustakaan yang tidak jauh dari fakulti mereka.

Shah dan Ida berjalan seiringan. Petang itu, mereka jogging bersama-sama. Sememangnya Shah seorang yang suka bersenam. Walaupun kakinya baru sembuh, namun Shah tetap mahu meneruskan aktiviti rutinnya ini. Ida pula memasamkan muka, kerana terlalu risaukan Shah, Ida terpaksa menemani Shah. Pada kebiasaannya, Ida akan duduk di bilik sambil melayari internet. Tapi petang ini, dia terpaksa membatalkan aktivitinya itu.
" Kalu yer pun tak ikhlas teman, jangan la masam muka macam tu," ejek Shah dengan senyuman manisnya. Ida terus memasamkan mukanya sambil terus berjalan. " Dari awak dok mengadap komputer, baik awak teman saya jogging, hilangkan lemak di badan tu. Ni tak, awak bela lemak." sambung Shah sambil gelak. Ida makin masam. Walaupun dia mula geli hati dengan gelajat Shah. "Ye la, Shah belanja Ida minum pas ni. Ok? Jangan la masam-masam lagi." pujuk Shah setelah melihat Ida semakin mencukakan mukanya. Shah terus bergerak laju meninggalkan Ida dan melintas jalan. " Shah!!! hati-hati, kereta tu!!" Jerit Ida setelah melihat sebuah kereta dipandu laju menghala ke arah Shah. Shah hanya terpaku melihat kereta tersebut bergerak laju merempuhnya.




Bersambung....

Apa akan terjadi kepada Shah? Apa akan Ikram lakukan untuk mendapatkan Ida?

Bab 6 akan menjawab segala-galanya.

ThIS WeeK aNd ToDay

Hari Ini Bersamaan 08/06/2009

Jam dah pukul 2 pagi, mata aku memang ngantuk sangat. Tapi hati aku dan kepala aku menyebabkan mata aku tak dapat dilelapkan. Banyal benda yang aku fikir minggu ni. Dengan pelbagai aktiviti, membuatkan aku semakin tak dapat melelapkan mata. Nape aku tak dapat melelapkan mata?

Pertama

Ari SABTU aku main futsal. Aku g dengan kak hani dan suaminya. Tidak ketinggalan Dilla, budak IS gak. Ari sabtu tu aku balik kul 1 pagi, dah kira ari Ahad dah. Ahad nyer, aku punya plan nk g muar, tapi aku cancel. Sebab? Badan aku sakit gila. Dengan luka kat lutut, dengan paha dan betis yg selalu nak krem. Memang sakit!! Mungkin sebab ni lah juga, aku tak dapat nk lelapkan mata.





Kedua


Aku dengan Kak Hani ader perancancangan besar. Tak leh nk explain lam ni. Yang aku tau, aku mmg bz ngan program2 ni. InsyALLAH dalam 5 bulan lagi, hidup kau bertambah murah rezeki. Tu kira target aku la tu. Di sebabkan nilah, aku tak dapat tido dengan sempurna. Asyik dok fikir, pastu planning, Adeh....





Ketiga

Aku dok fikir pasal si dia jer. Adeh... Sejak dua menjak nih.. Hubungan kali makin berkembang. Kami semakin faham memahami dan pada 06/06/2009 bersamaan Sabtu lepas, kami telah menyambut hari Anniveserry kami yang kedua bulan. Kejap jer dah 2 bulan. SO far SO GOOD..... Happy ANNIVERSERY YANG KE DUA BULAN BABY.




Nah Ambik KEK ni...



Cukup la tu tiga alasan yang aku cipta. Memang tak leh tido malam kot aku ni. Kena tukar kerja, jadi keluangman. =)