BaB 6
Ida merenung wajah insan yang disayanginya. Seribu kekesalan melanda dirinya. Petang itu, dia langsung tidak berbicara dengan Shah. Merajuk, kerana kedegilan Shah yang ingin bersenam walaupun kakinya masih belum sembuh. Sememangnya dia gembira apabila dapat bersenam dengan Shah. Kaki Shah berbalut, jelas sekali kakinya patah. Muka Shah juga luka, mungkin akan berparut selepas ini. Tapi itu semua tidak akan menghapuskan rasa cinta Ida terhadap Shah. Sememangnya Ida amat menyayangi Shah. Lamunan Ida terhenti apabila ibu kepada Shah datang bersama dengan saudara-saudara Shah. Ida bangun dan bersalaman dengan ibu Shah.
" Saya Ida, mak cik ni mak Shah ke", tanya Ida gugup. Inilah pertama kali dia berjumpa dengan mak Shah.
"Ye, mak cik mak Shah, anak ni sape?"tanya perempuan yang sudah berusia separuh abad itu dengan senyuman manis. Namun masih belum dapat menyembunyikan kerisauannya terhadap anak lelakinya itu. "
Saya kawan Shah, saya bersama dia semasa kejadian."terang Ida sambil mengambil kerusi untuk mak Shah.
Pertemuan dengan mak Shah telah menambahkan keakraban Ida dengan keluarga Shah. Ida senang bila bersama dengan ibu kepada lelaki pujaan hatinya. Namun, dia masih risau tentang keadaan Shah, Shah masih lagi koma. Ida geram, geram terhadap pemandu yang memandu laju dan melanggar Shah. Tanpa diduga air mata Ida mengalir keluar. Ternyata hatinya sayu apabila mengenang nasib Shah. Suli yang hanya memerhatikan Ida dari tadi menghampiri Ida.
" Sabarlah, aku yakin Shah akan pulih."Pujuk Suli sambil memegang tangan Ida.
" Aku tau, tapi aku tak bercakap pun dengan dia sebelum kejadian, merajuk adalah. Tapi dia tetap layan aku dengan baik, buat lawak. Make me smile. Aku rasa bersalah sangat." Terang Ida dengan tangisan yang teresak-esak.
Suli mula serba salah, mula hilang akal apabila melihat kawan baik mula menangis seperti orang yang kematian anak. Apa yang mampu Suli buat hanyalah membiarkan rakannya itu menangis. Melepaskan segala masalah dan beban yang dihadapinya.
***********************************************************************************
Shah membuka matanya, terasa berat kepalanya. Dia melihat ibunya bersama seorang gadis. Gadis yang bergelar cinta pertamanya. Shah tersenyum kepada mereka berdua. Dua wanita yang menceriakan hidupnya. Ida membalas senyuman Shah. Kalau boleh, ingin saja dia memeluk lelaki itu, tapi niatnya dihalang oleh keadaan persekitaran yang tak mengizinkan.
" Shah dah bangun?Tanya ibu Shah.
"Dah, dah lama dah bangun, semalam lagi,"jawab Shah dengan nada bergurau.
Ibunya hanya menggelengkan kepala. Sememangnya dia tahu, anaknya suka berjenaka.
"Mak jangan la risau Shah ok la, lagi pun ada puteri yang jaga Shah,"sambung Shah sambil menjeling ke arah Ida. Ida tersipu malu, sememangnya Ida banyak menghabiskan masanya di hospital ini. Sudah seminggu Shah tidak sedarkan diri.
" Habis mak tak jaga Shah ke?" tanya mak Shah atau lebih dikenali sebagai Puan Salmah.
"Mak pun jaga Shah, sejak Shah belum lahir lagi," jawab Shah sambil tersenyum.
Ikram terus melangkah laju, mempercepatkan langkahnya menuju ke arah gadis. Gadis yang membuatkan dia tidak dapat melelapkan matanya.
"Ida!" Jerit Ikram.
"Eh! Ikram.Kenapa?"tanya Ida dengan wajah terkejut.
" Ida, saya nak cakap sesuatu dengan awak, awak ada masa tak?"
" Nak cakap tentang apa?" Tanya Ida lagi, dengan dahi yang berkerut.
" Pasal Shah." Jawab Ikram ringkas dengan wajah yang serius.
Ida tergamam melihat gambar yang dipegang Ikram. Terasa darah di dalam badannya bergerak kencang. Tidak diduga lelaki yang disayanginya melakukan perkara sejijik itu. Ida merasakan dirinya tertipu, selama ini dirinya amat jujur dengan Shah. Ida mengambil gambar tersebut dan berlari pergi meninggalkan Ikram. Ikram tersenyum. Tersenyum puas. Ini bermakna dia berpeluang mendapatkan Ida.
*************************************************************************************
Shah terdiam. Melihat gambar yang diberikan oleh Ida.
" Ida percaya ini semua?" Tanya Shah, matanya masih lagi menatap gambar tersebut.
" Ya, Ida percaya, tak kan Ikram nak tipu?" Jawab Ida keras.
" Kalau Ida nak percaya, terpulanglah. Shah tak marah. Shah tak salahkan Ikram." Balas Shah, sambil menghulurkan gambar tersebut kepada Ida.
Ida memandang Shah, cukup mudah bagi lelaki ini. Mengapa lagi ini tidak menafikan?Itu lah yang diharapkan oleh Ida. Tetapi lelaki itu seperti mengiyakan sahaja perbuatannya ini.
" Ok, kita putus!Anggap la kita tak ada apa-apa lagi!"Ida berlalu pergi. Shah hanya terdiam dan bangun mengambil tongkatnya. Berjalan menuju ke biliknya.
Ikram puas melihat drama di depannya. Segala rancangannya berjalan lancar. Peluangnya untuk bersama Ida semakin cerah, secerah mentari pagi.
Bersambung lagi....
Apakah kesudahan hubungan Shah dan Ida? Adakah hubungan mereka berakhir begitu saja?
Wait for next week.
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment