Friday, May 29, 2009

Serba Sedikit

Serba Sedikit Untuk Minggu Nih...

Tajuk jer cam tu, tapi isi dier pasal lain. Pasal minggu ni am nya, dan semalam khususnya. Minggu ni minggu paling teruk aku dalam kerja. Semangat kerja dah tak der. Aku pun tak tau nape. Rasa boring je bile masuk ofis. Rasa nk quit the job pun ada gak. Tapi aku tetap kena keje kat situ. Niat tetap niat. Dan harus ku tunaikan. Tu serba sedikit pasal minggu ini. Dari ari Isnin hingga Jumaat. Awek?? Ok je..Berjalan lancar kot..Sehinggalah hari Khamis. Masuk ari jumaat, dia hilang.


Serba Sedikit Kehilangan Si dia

Hari Jumaat

Macam biasa aku sms dengan dia. Kebetulan aku tak de keje, dia pun sama. Tengah syok sms, tiba2 sms aku tidak berbalas. Sampai la aku selamat sampai ke umah sewa ku. Aku try anta sms, tapi tak delivered. Telefon, operator logo yang jawab. Aku tak tau kemana dia pergi? Selamat ke dier? Dah lama dier tak buat aku risau. Sampai sekarang, aku tak tau dier di mana. Semoga dia selamat.

Hari Sabtu 30/05/09

Tepat jam 12 lebih2, aku mengadap pc. Dari tadi aku dok layan citer kat TV. Terus ku bersiap sedia, untuk menerbitkan novel aku. Terbit satu bab jer, bab 4. Sajer aku nk kuarkan cpt2 tuk minggu ni. Sebab hari ahad malam Isnin mungkin aku ke Kedah. So memang tak sempat. So enjoy yer pada yang baca novel nih..Hu3...Der la lam 1,2 org kot..Hu3...





I will just pretend to hug u, until u get here...
Ayat ni dalam nih, meh aku simple present tense kan ayat tu,

i will waiting for u..


Daaa....

Cinta Sebenar : Bab 4

BAB 4

Sejak mereka keluar bersama, hubungan Ida dan Ikram bertambah erat. Kemana sahaja, mereka pasti berdua. Mulut-mulut yang tidak mampu ditutup, terus membicarakan hal-hal mereka. Pasangan paling panas sepanjang zaman. Itulah gelaran mereka berdua. Bagi Ida, dia tidak kisah, niatnya bersama Ikram hanya untuk belajar bersama-sama. Walaupun perasaan suka kepada Ikram semakin bertambah-tambah, namun Ida tidak pernah dihanyut oleh perasaan itu. Seperti biasa, selepas waktu kelas mereka berdua akan belajar bersama-sama. Perpustakaan menjadi rumah kedua mereka.

Ida memulakan bicara sambil berjalan keluar perpustakaan, " Ik, Shah dan Ik dah tak jadi kawan ker?" Tanya Ida penuh minat.
Ikram hanya terdiam, dan menguntumkan senyuman yang mampu mencairkan seribu gadis, "Tak lah, kami still kawan jer. Just tak rapat sangat cam dulu, naper?" Jawab Ikram sambil melangkah seiringan bersama Ida.
"Tak de lah, saya tak nak sebab saya, Ikram dan Shah tak berkawan macam dulu. Ik cam tak de masa je bersama dengan Shah."Bicara Ida seperti anak kecil yang inginkan sesuatu.

Ikram terdiam sambil terus melangkah. Sememangnya Ida faham, seandainya Ikram diam, bermakna Ikram tidak mahu meneruskan perbincangan tadi. Ida hanya menuruti langkah Ikram, di hatinya diselubungi seribu pertanyaan.

Ida terus merebahkan badannya ditilamnya. Sambil memeluk bantal kesayangannya. Hari ini, hampir setiap saat dia memikirkan Shah. Ya, dia amat merindui lelaki yang berkulit hitam manis itu. Hampir seminggu dia tidak melihat Shah, yang selalunya akan duduk di belakang kelas, sambil membuat lawak yang memecah kesunyian kelas dan dewan kuliah. Dalam diam, Ida mula meyukai lelaki itu, walaupun lelaki itu pernah menyakiti hatinya.
Dah seminggu aku tak jumpa dia, walaupun terserempak, aku tak pernah nk tegur dia. Dia lak tak pernah pandang mata aku bile terserempak dengan aku. Kasar sangat ke aku ari tu. Kalu bukan kerana dia aku dan Ikram tak kan jadi sahabat baik. Patutkan aku telefon dia? Monolog Ida terhenti apabila dia menerima pesanan ringkas dari Ikram. Pesanan ringkas yang menyebabkan jantungnya berdegup kencang, darahnya mengalir pantas.

Did u love me as i love u? I wanna make u as my girl fren. Can I?

Ida terdiam, terharu? Tidak, dia belum bersedia untuk menerima cinta dari Ikram. Ida tidak membalas SMS itu. Sebaliknya menelefon seseorang yang amat dirinduinya.


*************************************************************************************

Shah berjalan masuk ke biliknya. Terkial-kial dia memasuki biliknya dan merebahkan badan di tilam empuknya. Kakinya masih sakit, di sebabkan itu dia terpaksa pulang ke kampung untuk menerima rawatan di sana. Bebelan ibunya masih bergema di cuping telinga. Dia tahu, ibunya berleter kerana risaukan keadaannya. Seminggu di kampung, dia dapat melepaskan rindu pada keluarganya. Kepulangannya memang tidak disangka oleh keluarganya. Juga tidak rakan seuniversiti yang tahu ke mana dia pergi. Ikram? Sememangnya mereka tidak pernah berbicara. Semasa dia mahu pulang ke kampung, Ikram tiada di bilik. Ingatannya kembali mengimbas panggilan telefon dari orang yang tidak disangka-sangka akan menelefonnya. Dari orang yang amat dirinduinya.

Hello, Shah awak kat ner? Suara lembut yang kedengaran mengejutkannya.
Hello, saya kat kampung ni. Awak nape telefon saya?Pasal Ikram ke?Dia sakit ker? Tanya Shah bertalu-talu penuh kerisauan.
Tak, saya risau pasal awak. Jawab Ida, meluahkan perasaan yang sekian lama terbuku.
Saya okey jer, esok saya balik sana. Awak tak yah la risau yer. Jawab Shah yang masih terkejut.
Awak dah maafkan saya ker?Tanya Shah dengan nada ingin tahu.
Dah la awak, yang lepas biarkan berlalu. Kalau bukan sebab awak, saya dan Ikram tak kan berkawan baik. Nanti kita jumpa yer.

Kata-kata terakhir Ida mengembirakan Shah. Sudah sekian lama dia menanti untuk berjumpa dengan Ida dan kata-kata itu juga telah menyemarakkan rasa cintanya terhadap gadis itu. Namun hari ini, Shah mula serba salah, ini kerana dia sedar dia sedang mencurah minyak ke api. Persengketaan dia dengan Ikram mungkin akan bertambah sukar untuk dipadam seandainya dia rapat dengan Ida.


*************************************************************************************


Petang itu, Ida mengenakan baju t-shirt bersama dengan seluar jeans kesayangannya. Petang ini, pertemuan pertama dia dengan Shah. Pertemuan pertama yang dirancang oleh mereka. Ida berjalan menuju ke destinasi pertemuan mereka. Ida mula berasa berdebar-debar apabila melihat Shah dari jauh. Perasaan yang tidak pernah wujud apabila dia bersama Ikram, ataupun bersama kawan lelakinya yang lain.

Melihat sahaja Ida, Shah terus melambai-lambai tangannya. Lambaian Shah membuatkan Ida tergelak. Sememangnya lelaki ini sentiasa membuatkan Ida tersenyum, celoteh lelaki ini membuatkan Ida hilang marah dan hilang tekanan belajar, walaupun tidak secara langsung.

"Assalamualaikum awak, sihat?" Tanya Shah sebaik sahaja Ida berdiri di hadapannya.
"Waalaikummusalam. sihat je, awak sihat?" Ida menjawab dengan senyuman manisnya.
Shah tidak menjawab, sebaliknya menunjukkan bahasa isyarat tanda dia tidak sihat.
Ida tersenyum dan angguk tanda faham. Mereka menuju ke stesen bas untuk pergi ke pusat bandar.

Ikram tidak senang duduk. Dia seperti ibu ayam yang hendak bertelur. Sudah berpuluh-puluh pesanan ringkas yang dihantar kepada Ida, tapi satu pun tidak terjawab. Sudah beratus kali Ikram menelefon Ida, satu panggilan pun tidak dijawab. Ikram resah, bimbang kata-kata cintanya membuatkan Ida menjauhi diri daripadanya. Sememangnya Ikram menyanyangi gadis yang bernama Ida itu. Walaupun ramai gadis yang mahu mendampinginya, namun Ikram menolak. Baginya Ida terlalu istimewa. Ikram mengambil kunci motosikalnya dan berlalu pergi. Destinasinya pusat bandar. Dia perlu menenangkan hatinya yang dilanda taufan.






Bersambung.....

Apakah Shah dan Ida akan bercinta? Bagaimana pula dengan Ikram?

Sunday, May 24, 2009

Wah...Berapa minggu tak cite pasal Diri aku??

Ermmm....2 minggu lepas. tak banyak benda yang bermakna berlaku. Kalu ada pun, perlu menjadi rahsia. Kang kantoi, mati aku...Huhuhuhu... Sabtu dan ahad lepas, tak ada apa yang berlaku.

Sabtu, 23 Hb MAy 09

Jam 1 pagi aku turun padang futsal. Bermain futsal bersama jiran2. Kali ni Apek ikut joint. Tu pun sbb tk ckp player. Jarang aku ajak budak umah aku joint. lagipun dorang segan dgn jiran. cam aku, semua orang aku tegur. Dalam kul 3 lebih aku sampai umah. Layan internet, pastu aku tido. Lewat la gak. Aku tido pun sebab hari ahad aku nk kena turun tourment ngan dak2 celcom.
Btw, sabtu gak aku terasa ngan kawan2 atau geng IS aku. Aktiviti yang dirancang, gagal. Terasa tak mampu lagi nk teruskan. Maybe sbb tk der put, yang banyak membantu. Kasa lak, sms yang aku hantar, tidak dibalas. Sampai hari ni. Aku tau dier tak leh joint. tapi balas la sms ni, atau tanyer kabar brita. Yang call aku tanya cam ner, Cheeno. Put pun tanyer. Juan pun. Fie, juan. put dan cheeno..t n q.. Yang lain, siyes aku kecewa dengan dorang. Yang dok jauh cam ayu dan kak monja aku tak kisah la.

Ahad, 24 May 09

Pagi2 aku kena kejut. Wak dan yang kejut. Aku bangun dah siap2..Ari ni ader game dengan dak2 celcom. Sejak aku kenal dorang di Cherating, hub dengan dak2 celcom semakin baik. Ni kali kedua aku joint dorang main futsal. Keputusannya..team aku kalah. All black..team ngan dak2 INdia..Aku je melayu..hu3..Dan aku rasa..aku je power..Aku main keeper. Game kedua aku main striker..Sib baik aku score..even kalah..
Aku balik umah petang.Dalam 3.45 ptg sampai umah. Aku on9 dan chat ngan si dia. kejap jer..tk kisah la..asal dapat lepas rindu jer..

pada malamnyer...aku dah start rasa tak tentu pasal..Serabut..maybe badan aku penat. Si dia lak, tak der tel..Sape harus aku tel?Ngadu? Put lak..dok sakat aku lam ym..nk mrh kawan...last2 aku out..b4 aku marah2 dier..kite dok moody..leh lak dier kaco..tk kena pada masa..last2..aku tido awal....

Cinta Sebenar : Bab 3

Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Ida memang marah, marahkan Shah. Ingin saja dia memaki hamun mamat yang boleh dikategorikan bodoh itu. Tapi Ida diam, sms dari Shah tidak dibalasnya. Begitu juga sms dari Ikram. Bagi Ida, Ikram seorang yang perasan dirinya kacak. Boleh dikatakan Ida memang tak suka kan Ikram. Lamunan Ida terhenti apabila telefonnya berdering. Nama yang terpapar di skrin adalah Ikram.

Ida menjawab, " Hello Ikram".
"Hello Ida, awak kat ner?"
"Saya kat bilik,naper?" "Saya kat blok awak ni, tunggu depan foyer ni, awak turun la kejap yer."
Lantas Ikram mematikan telefonnya. Ida terdiam. Mahu sahaja dia menyumpah seranah Ikram ni. Rasa menyesal pula kerana menjawab telefon dari Ikaram tadi. Ida menyiapkan dirinya. Ringkas, wajahnya tetap ayu biar pun tanpa make-up yang tebal. Sememangnya Ida bukan jenis yang suka mengenakan make-up di mukanya.

Sewaktu turun, Ida nampak Ikram yang tersengih-sengih. Meluat hatinya melihat Ikram.

"Hai Ida," sapa Ikram.
"Hai, awak nak ape?" Tanya Ida.
"Nah, ambik nie," balas Ikram sambil menghulurkan bungkusan hadiah yang dibalut kemas.
"For what?" Tanya Ida, terkejut.
"Awak lupa eh? Awak ajar saya tentang tugasan subjek pemasaran? Ni sebagai tanda terima kasih saya." jawab Ikram panjang lebar.
" Saya nak gtau awak, memang saya suka kan awak, tapi bagi saya bercinta, bercinta juga, tetapi saya perlukan teman untuk belajar bersama-sama saya. Dan bagi saya, orang itu adalah awak." Lancar sekali ayat-ayat dari Ikram, yang membuatkan Ida terdiam. Di lubuk sanubari Ida, dia berasa bersalah kerana menganggap Ikram seorang yang suka mempermainkan perasaan gadis-gadis.
" Saya harap, Ida boleh menjadi kawan saya, dan kita boleh belajar bersama-sama. Soal hati Ida, that okey. Take ur time. Maybe someday u will fall in love with me. I will waiting." sambung Ikram.

Ida tergamam lagi. Tidak mampu menjawab kata-kata Ikram. Terkejut dan perasaan bersalah mula menebal di hatinya.

"Ik, saya naik dulu yer, thanks for this prezent. Malam ni saya sms awak, bagitau keputusan saya." Ida membalas dan terus berlalu.
Ikram terus tersenyum dan membiarkan Ida berlalu pergi.

************************************************************************************

Ida merebahkan dirinya ke tilam yang empuk dan menjadi teman tidurnya selama 2 minggu yang lepas. Ingatannya kembali kepada satu minggu yang lepas, di saat Ikram menghantar sms pertamanya. Di saat dia memberikan nombor telefonnya pada Shah.

Salam, saya Ikram. Kawan Shah. Saya yang mintak Shah ambilkan no telefon awak. Sori sbb tak mintak sendiri, segan lah. Sbb dulu pernah mintak, tp awak tak bagi. Salam perkenalan yer.

Selepas menerima sms dari Ikram, Ida membalas dengan kata-kata yang kasar, dan mencemuh Ikram dan Shah. Apabila mengenangkan kembali saat itu, Ida terasa malu. Walaupun marah, Ida tetap menolong Ikram yang bertanyakan tentang kerja dan tugasan subjek pemasaran. Kebetulan mereka satu kumpulan. Patutkah aku mempercayai Ikram? Dan menerimanya sebagai rakan? Ida mula bermonolog seorang diri. Bagaimana dengan Shah? Apa kata Shah seandainya melihat Ikram dan dirinya bersama. Biarlah Shah tu, he the stupid man that i have seem. Perasaan marah Ida kembali membuak-buak terhadap Shah. Terasa dipermainkan.

Ida mencapai telefon bimbitnya. Dan menghantar kepada Ikram.

Thanks for the present. Nice. Pasal nk jadi kawan tu, boleh kot. But just fren. No love until i fall in love with u.

Sms itu dihantar. Terasa dirinya mementingkan diri. Tapi Ida tidak kisah. Baginya, dia perlu kenal hati budi Ikram terlebih dahulu. Lagipun, dia memijak ke menara gading bukanlah untuk bercinta. Tetapi untuk menggenggam segulung ijazah. Sms dari Ikram yang diharapkan tidak hadir. Ida mula tidak sedap hati. Terasa kah Ikram dengan kata-kata ku?


************************************************************************************

Shah berjalan sendirian di tepi kolam. Sememangnya di sinilah menjadi tempat Shah menenangkan perasaannya. Hatinya terluka, apabila mengenangkan hubungannya dengan Ida, dan hubungannya dengan Ikram. Selepas kejadian nombor telefon itu, Ikram tidak lagi menegurnya. Kalau diikutkan hati, dia memang tidak akan memberikan nombor telefon Ida. Kerana bagi Shah, Ida adalah cinta pandang pertama dan cinta pertamanya. Shah duduk di bangku yang sememangnya disediakan oleh pihak pengurusan universiti untuk meberi kemudahan kepada pelajar-pelajarnya. Fikirannya mula menerawang jauh, kembali kepada satu minggu yang lepas. Sebelum dia memberikan nombor telefon Ida kepada Ikram. Kata-kata Ikram yang pedih kembali diingatnya.

"Mana nombor Ida? Cepatlah bagi, jangan nak potong line aku lak," tanya Ikram.
Shah dalam dilema, lantas menjawab, "Kau nak, kau mintak la sendiri."
Ikram mula melenting, "Aku dah belanja air pastu kau dah setujukan? Kau tu kuli aku, muka tak kacak macam aku, mana layak dengan Ida tu," jawab Ikram dengan nada sendirin.
Adakah nilai aku ni segelas air? Shah terdiam dan mula berfikir sendirian. Siapa potong line siapa? Pelbagai persoalan meluru masuk ke kepala Shah.

Kata-kata itulah yang menyebabkan Shah mengalah. janji tetap janji. Shah bukanlah seorang yang suka memungkiri janji. Dari kecil lagi dia diajar untuk tidak memungkiri janji.

Lamunan Shah terhenti apabila dia melihat seorang gadis, yang memang amat dikenalinya. Ida bersama seorang lelaki. Berjalan seiringan sambil bergelak ketawa. Lelaki yang cukup dikenalinya. Ikram, lelaki yang menjadi sahabatnya, dan menjadi musuh cintanya.


Bersambung....


Adakah peluang Shah untuk memiliki Ida sudah tertutup? Bab 4 akan menceritakan segalanya.






Monday, May 18, 2009

Cinta Sebenar Bab 2

BAB 2


Minggu orientasi yang memenatkan telah tamat. Shah lega, dia tidak perlu lagi mengenakan baju kemeja dan bertali leher. Rimas, dan leceh. Esok akan bermulanya kelas pertama, dan bermulanya dunia baru baginya.

Pagi-pagi lagi Shah dah siap. Ikram juga begitu. Mereka berjalan seiringan menuju ke perhentian bas yang terletak agak jauh dari blog mereka. Sampai di sana, kelihatan berpuluh-puluh pelajar yang menantikan kehadiran bas.

Aduh, ramainya. Semua pelajar baru lak tu, Shah bermonolog. Manakala Ikram, kelihatan gembira apabila hampir 80% yang menunggu bas adalah perempuan.

"Shah, ko tengok tu, ramai nyer awek,"kata Ikram dengan nada gembira.
"Tak de maknanye kalu ramai, kalu ko dok sini cam kerang busuk,pastu tak pergi ngorat," balas Shah dengan nada menyindir.

Shah masih ingat lagi, hari orientasi, Ikram sibuk nak teman wanita, katanya untuk teman belajar. Tapi dari sekarang, belum ada satu pun Ikram dapat ayat. Bukan nombor telefon yang gagal, malah nama pun dia gagal peroleh. Shah tersenyum sendirian, mengingatkan saat dia bertemu dengan Ida, sambil matanya mencari-cari kelibat Ida. Semasa hari orientasi, Shah hanya melihat Ida dari jauh, dia tidak berani untuk dekat dengan gadis yang diminatinya.

Lamunan Shah terhenti apabila sebuah bas sampai di hentian bas tersebut. Berebut-rebut pelajar lain untuk menaiki bas tersebut. begitu juga dengan Ikram, bergerak laju tanpa menoleh Shah yang terpinga-pinga. Ikram berjaya masuk ke dalam bas, tetapi Shah hanya tercegat melihat reaksi pelajar-pelajar lain. Matanya memandang tepat ke arah seorang gadis, yang amat dikenalinya, dan amat diminatinya. Wajah ini lah yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya, yang membuatkan dia tidak dapat melelapkan matanya. Ida dan kawan-kawannya tidak berjaya masuk ke dalam bas tersebut. Bas terus bergerak menuju ke kampus. Ikram hanya menunjukkan isyarat telefon aku kepada Shah, dan Shah mengangguk tanda faham dengan bahasa isyarat tersebut.

Shah menuju ke arah Ida, dan berdiri sebelah gadis yang cantik tersebut.

"Kelas awak pukul berapa?" Tanya Shah sambil tersenyum.
Ida menoleh ke arah Shah, dan menjawab dengan endah tak endah, " Pukul 9 pagi".
Mendengar jawapan tersebut, Shah mula merasakan Ida tak pernah mengingatinya dan tak pernah mengingati muka yang pernah didenda akibat ponteng pada minggu orientasi yang lepas.
Shah diam, membisu. Malu mungkin, atau merasakan dia telah membazir masa-masanya dengan bermimipikan gadis ini.
"Awak tak ingat saya?" Tanya Shah lagi.
"Tak", ringkas jawapan Ida. Namun cukup membuatkan Shah kecewa.
"Kan awak pernah langgar saya?Pada hari pertama orientasi?"
"Awak...Saya dah ingat, tapi saya lupa nama awak," balas Ida dengan tersenyum manis.
Shah lega, dan tersenyum sekali lagi," Saya Shah, nice to meet u again", Shah memeperkenalkan dirinya sekali lagi.
Ida tersenyum, dan meminta maaf. "Maafkan saya sebab tak ingat tentang awak, ingat mamat mane yang nak mengorat tadi. By the way, awak sorang je ker?"
"Tak, tadi berdua, tapi kawan saya dah naik bas tadi, dan saya tak sempat naik."
"Oh..Ikram eh kawan awak?"
Shah terkejut, terkenal ke mamat tu, sampai Ida pun tau? Rintihan dan perasaan cemburu mula melingkar dihatinya.
" Yup, Ikram, cam ner awak tau?"
"Saya tengok dia tunjuk isyarat ape ntah kat awak, tu saya tau"
" Oh... tapi cam ner boleh kenal Ikram?"
"Ikram pernah mintak nombor telefon saya".
Aduh, bila masa lak Ikram cuba mendampingi Ida? Rasanya hampir 24 jam aku lepak ngan Ikram. Suara hati Shah mula menunjukkan kerisauan.

"Awak, jom!Bas dah sampai,nanti awak tak dapat naik lagi", ajak Ida dengan senyuman manis yang selalu hadir dalam mimpi Shah.
"Ok,awak ambik kos aper yer?"tanya Shah sambil melangkah masuk ke dalam bas.
"Business Study. Awak?"
Shah terkejut, tetapi dalam hatinya gembira sekali, mahu saja dia melonjak kegirangan.
" Saya pun, sama lah, dan..kawan-kawan awak ni?" tanya Shah sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Ida.
Ida tersenyum melihat gelagat Shah yang duduk tanpa menghiraukan kawan Ida yang juga mahu duduk disebelah Ida.
"Nak mengorat pun, janganla lupa kawan-kawan Ida, dan jangan lak duduk kalu orang tak sudi awak dok sebelah." tiba-tiba gadis yang juga kawan Ida bersuara.
Ganasnya, tak der ciri-ciri wanita langsung, bentak hati Shah.
"Sorry, saya tak tau," jawab Shah sambil bangun dari tempatnya, tetapi ditahan Ida.
"Tak pe la, Suli tu gurau jer. Tu Suli, kecoh skit,tp baik. Yang kat depan dua orang tu Ros dan Wati." Ida memperkenalkan kawn-kawannya.
"Hai," jawap Shah, ringkas dan mula berasa segan.
Saat berjumpa Ida, matanya hanya tertumpu pada Ida, dia langsung tidak melihat kawan-kawan Ida.



Bas sampai di kampus Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan pada jam 8.30 pagi. Masih awal, tetapi sememangnya Shah perlu datang awal, untuk mencari kelas yang masih belum diketahuinya. Ida dan kawan-kawannya sudah jauh meninggalkannya. Shah terpaksa menelefon Ikram, untuk menanyakan kedudukan kawannya itu.

"Wei, ko kat ner?" Tanya Shah.
"Aku kat food court fakulti." Jawab Ikram
"OK ok..Kang aku sampai.Tunggu situ" Pesan Shah sambil melangkah laju menuju ke arah medan selera fakultinya itu.

Ketika berjalan menuju ke sana, Shah mula menyesal, kerana lupa meminta nombor telefon Ida. Adeh,nape lak leh lupa. Marah Shah pada dirinya. Sampai di food court, Shah duduk di hadapan Ikram dan terus minum air yang sememangnya telah dipesan oleh Ikram.

"Sayang gak ko kat aku yer, beli air untuk aku?" Shah mula memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Sayang la sangat, sebab aku nak mintak tolong nih," jawab Ikram.
"Tolong pe lak?"
"Tolong dapatkan nombor telefon awek yang pakai tudung putih tu,nama dia Ida," arah Ikram.
Shah terdiam. Perlu ke dia bertanya nombor telefon Ida, dan memberi nombor telefon gadis pujaannya pada kawan karibnya?Perlukah?
"Wei..Boleh ke tak ni?" Tanya Ikram.
"Ermm...Leh kot." Jawab Shah. Dia juga tidak tahu mengapa dia perlu menjawab ya. Sedangkan hatinya meronta ingin mengatakan dia juga suka akan Ida kepada Ikram.
Shah bangun, dan menuju ke arah Ida yang sedang berborak bersama kawan-kawannya.

"Ida, saya nak nombor telefon awak," kata-kata yang tidak disusun itu keluar dari mulut Shah.
Ida terdiam,terkejut dengan sifat gentleman Shah. Mungkin juga. Kawan-kawan Ida juga terdiam. Mulut mereka ternganga, mungkin seandainya lalat memasuki mulut mereka,mereka akan rela.
Ida tersenyum, " Bak nombor awak, nanti saya miss call awak."
Shah terus memberi nombor telefonnya. kemudian berlalu.

Shah menceritakan pada Ikram, dan Ikram melonjak gembira. Ini bererti dia telah mempunyai peluang dan ruang untuk mendapatkan hati Ida.

Hari yang memenatkan telah berakhir. Shah tidak dapat menumpukan perhatian dengan bebelan pensyarahnya itu. Apa yang ada di kotak fikirannya adalah Ida. Sampai sahaja di biliknya, Shah terus merebahkan badannya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Pesanan ringkas dari nombor yang tak kenali.

Hai,dah kat bilik ker? Penat ke?Saya tengok awak kat kelas dok termenung jer.Rindu kat famili ker?

Pesanan ringkas yang tidak seringkas seperti namanya. Shah terdiam. Ida ker?

Shah terus membalas,

Yup, very2 tired. Termenung ingat nk blk bilik la. Tido. Ni sape yer?

Ni ida la. Ramai sangat ke awek yang awak mintak no?

Tak la, awak cakap nk missed call, ni dah hantar sms. Tu saya pelik.

Petang itu mereka berdua merapatkan hubungan yang tidak pernah serapat ini. Kebetulan pula, Ikram keluar bersama keluarganya.

Pada malamnya, Ikram mula menanyakan nombor Ida. Shah berada dalam dilema. Patut ker dia memberi nombor telefon Ida pada Ikram? Akhirnya Shah mengalah dan memberikan nombor telefon Ida pada kawannya itu. Shah terus melelapkan matanya.

Pagi-pagi lagi Shah mendapat satu pesanan ringkas,

Nape awak bg no tel sy kat Ikram?

Shah terdiam, memandang Ikram. Dia tahu, mesti Ikram yang bagitau Ida. Shah membalas sms tersebut,

Sorry, Ikram yang nk no tel awk. Tu saya mintak. Sori.

Sms itu adalah sms terakhir dari Shah. Ini kerana, Ida tidak lagi membalas. Hanya diam, dan Shah hanya memendam rasa. Sekejap rasanya masa berlalu. Petang semalam cukup indah, tapi pagi ini, penuh dengan mala petaka.



Adakah Ida dan Shah akan bersama? Atau Ikram akan mendapat cinta Ida?











Monday, May 11, 2009

Novel : Cinta Sebenar

BAB 1

Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menenangkan hati dia. Perasaan rindu pada keluarga masih terasa. Pertama kali rasanya dia jauh dari keluarga. Berada di menara gading merupakan impian yang dia ingin kecapi. Syed Azhar Shahrudin, itulah nama yang diberi kepadanya. Orangnya tinggi lampai, dan berkulit hitam manis. Dia menuju ke bilik yang bernombor 123. Walaupun agak janggal, dia meneruskan langkahnya. Memerhatikan setiap nombor di setiap pintu bilik. Akhirnya dia berjaya menemui bilik yang dicari-cari. Dia terus membuka pintu yang berkunci dan masuk ke dalam. Terdapat dua buah katil, dua buah meja dan dua buah almari.

" Ermm, agak besar bilik ni, ingatkan kecik", bebel dia seorang diri.

Dia terus merebahkan diri, dan mula berfikir.

" Siapa lak roomate aku ni? Senior ke? Ke satu batch aku?"

Shah mula terjaga apabila terdengar pintu bilik diketuk. Kemudian pintu dibuka. Kelihatan seorang lelaki berkulit cerah. Kacak orangnya. Terus tersenyum dan menghulurkan tangannya kepada Shah.

" Ikram", lelaki itu memperkenalkan diri.
" Shah", Shah membalas.

Satu program, satu bilik. Ini sudah cukup melegakan hati Shah. Baginya, dia sudah ada teman untuk belajar bersama-sama. Walaupun program Bachelor Perniagaan tidaklah sesukar program lain, baginya belajar berkumpulan lebih berkesan.

Seperti biasa, bagi pelajar-pelajar baru, satu program orientasi akan diadakan. Ini bagi memudahkan pelajar-pelajar baru menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dengan cepat. Hari pertama orientasi, tidak banyak program diadakan. Shah bersama Ikram mula dapat menyesuaikan diri dan mula mendapat kawan-kawan baru.

Pada malamnya, semua pelajar baru dibawa ke Dataran Ilmu. Di sana mereka mula diberi taklimat tentang program-program yang berkaitan dengan program orientasi. Ketika pulang, Shah telah terlanggar seseorang. Seorang gadis.

" Maaf, saya tak sengaja"
" Tak pe, saya yang salah", jawab gadis bertudung putih itu.
"Awak tak apa-apa?" tanya Shah tanda mengambil berat.
" Saya tak apa-apa"jawab gadis itu, malu-malu.
"Saya Shah, awak?"
"Ida". Jawab gadis itu ringkas. Kemudian berlalu pergi.

Malam itu, Shah tidak dapat melelapkan matanya. Pertama kali dia melihat gadis itu, membuatkan dia tidak dapat melelapkan matanya.

Bersambung...

Semalam TInggal Kenangan

AKu bangun awal la gak, kul 8.30 pagi..Awal ke tu? Sebenarnya, aku dah bangun kul 8 pagi, tapi aku extand sampai kul 8.30 pagi. Maklum la, semalm tido kul 3 pagi.

Kul 8 sebelum kul 8.30 gak, aku terima sms die. Aku yang dalam mood merajuk, terus sambung tido. Sampai la kul 8.30. Mood merajuk? Yup, ari sabtu aku terasa ngan dia. Sebab? Aku tunggu nk chat ngan dier, nak sembang ngan dier, before aku g Times Square. Alih2, die nk out. Tunggu nyer tunggu, tu aku dapat? Dari awal die dok chat lam room. Adeh, mau nya tak sedih? Tapi sms die wat aku lega. Bukan aku tak nk balas, tapi kedit tak der.

wassalam..moning..miss u...sorry..semalam tk on9 coz sampai umh lambat, terus tdo. jgn sedih2 tau...

Sms die wat aku sejuk ati skit. Dan tak risau. Sebenarnya panjang agi sms dier... Ehe..

Aku terus siapkan diri. Mandi, kemudian ambik kemeja aku. Dah kul 9 pagi, mmg dah lewat. Adeh. Baju kemeja lak lom di gosok. Lantas aku iron kan baju aku tu. Adeh.. Mesti lambat ni. Ari ni aku kena present. PAsal produk kat NGO ni. So terpaksa la pakai kemeja. Kul 9.15 aku gerak. Memang lamabt sangat2 dah ni.

Kul 9.50 aku sampai ofis. Bos dah telefon, tapi aku tak dengar. Adeh, jap2 lagi la telefon dier. Power point lom siap, so aku kena wat. Memang tak prepare ape2 pun. Adeh.. Aku terus on pc pastu wat keje. On9 kejap, tgk kalu dia ada on9. Rindu ker? Ye kot? Aku cuba telefon dier. Hah! Dapat. Die bawak hp kak die la ni. Tp tak diangkat. Kemudian kali kedua, tak dapat. Aku anta sms. Just tulis nama die jer. Aku sambung keje. Pastu sms aku berbalas. Thanks.. Tu jela yang dapat ku katakan. Sebaba aku mmg perlukan dier. Aku ngah nervous. Takut sangat nak present. Bukan tak biasa, tapi tak biasa present kat orang ramai dan lebih tua dari aku. Mati!! Aku telefon bos aku, aku gtau dier, nak pergi ofis kepong kul 12 tgh ari.

Kehadiran dier hari ni, cukup menenangkan aku, Lega sedikit. Ada tempat nk luahkan perasaan. Dan dia? Wat lawak, tuk wat aku tersenyum. Mmg baik la dia nih. Baik ker? Ntah la..

KUl 12. 30 aku setel semua. Lega. Kejap je kalu aku wat betul2 keje aku ni. Aku terus gerak ken Kepong. Kul 1.30 aku sampai sana. Jupe bos. Bgtau dier ape aku nk present. Kul 2 lebih kami bergerak ke Sentul..

Sampai di sana, kami tak jadi untuk present. Lega gak aku. Sebab? Ssh aku nk jelaskan. Pas meeting ngan NGO, bos aku banjer aku. Makan ns goreng ayam kampung.

KUl 5 kami kat ofis KEpong. Aku kenal ngan staff baru tuk Tasik Ionvatif. Razif nama nyer.
Kul 6 aku gerak balik.

Sampai umah aku terus sms dia. Tgh kami dok sms, tibe2 die hilang. Sms aku tak berbalas. Kemana dier? Sampai sekarang aku tak tau mana dier. Sedih? Ye kot, ilang cam tu jer. Im still waiting for you. Aku tulis blog ni pun pas aku tgk blog dier. Aku tgk blog put dan ayu gak. Cite put, cam sedih. Ayu lak, sakit mata aku. Adeh. Blog dier? LAwa lak dier nyer templates. EHe...


Where R u?
Im waiting..
pLz contact me.
I really miss u.

10 MeI Hari Ibu

Ari ni dah 12 Hb Mei, tapi aku masih ingat lagi pada 10 hb Mei. Hari Ibu.

Masa tu aku dok chatting. Kat room tagged. Lam kul 9 lebih aku g mandi, pastu kul 10 lebih aku ngadap lagi pc. Ermm.... Kul 12 aku nak main futsal, biasalah... Hobi aku wat masa sekarang. Kalau der jemputan aku turun la, bukan sape pun, jiran sebelah rumah jer. Tengah aku chat, jam dah nak masuk kul 12. Dalam room dah sibuk dok cakap pasal Hari IBu. Memang aku tak lupa. Dah plan awal2 dah. Sambil aku chat, aku taip sms kat ma aku.

"Selamat hari ibu. Untuk bonda tercinta.. Semoga ma sihat2.. Panjang umur..Selamat hari ibu ma. MMuahh!Love u.."

Love u... Bg aku, aku jarang sebut perkataan itu untuk ibu ku. Tapi hari ni, kata2 tu terbit melalui hatiku. Diterjemahkan di skrin hp ku.

Tapi, tiba2 lak nombor telefon ma aku ni tak de lam telefon. Adeh..Rasa dah save. Mane nih. Anta je la dulu. Aku anta kat no tel abah ku. Pastu ku telefon..

Aku: Ello bah, ma mano?
Abah: Ma naik keto api doh. Pagi tadi.
Aku: Yo ko? Abah ado no. ma dok? Abah ambik, nanti a.ngah telefon balek..
Abah: A.ngah tanyo Yana lah deh.

Ermm..Aku tau sangat abah aku ni, bukan dier tau pun nak cari cam ner. Maybe dier pun ngah tido kot. Dah kul 12. Sebelum sempat aku telefon adik ku sorang ni, member2 dah panggil. Nak main futsal. Adeh, tak sempat. Lantas aku siapkan diri kemudian bergerak ke Bangi, Aktif Futsal.

Atas kete aku miss call no adik aku, pastu hanta sms.. Belum sempat aku taip, sms dah sampai. Dari Yana.

Yana: Sapo nih?
Aku: Wak mari no ma.

Tu jer jawapan aku.

Yana: 017-XXXXXXX

Terus aku cari send message, pastu 4ward balik sms yang ku anta kat no abah.

Huh! Lega. Selesai tugas ku yang sekecil hama, sehalus virus2 yang tak mampu dilihat.

Pastu, aku teruskan aktiviti aku. Main futsal. Pe yang pasti, keadaan stamina aku dah makin teruk. Penat sangat. Tapi dapat bertahan selama sejam. Tp game aku ari tu, hampeh. Just score sebiji jer. Prestasi paling teruk kot? Yang pasti gak, lutut aku injured lagi, terketar2 aku tahan sakit.

Jam 2 pagi lebih2, aku sampai kat umah. Terus aku msk room. Pastu chat.

Pastu baru ku sedar, ade sms.

Time kasih, ingak tok ingak doh. Abe n kak long wish minggu lepas lagi.

Aku tak balas. Diam. MEngapa ek? memang aku macam ni, tak penah tunjuk aku sayang famili aku. Aku berbeza bila dengan famili. Aku berbeza bile dengan kawan.

MEI 2009..IT SO SPECIAL?

3 MEi 2009

JAm dah pukul 9 lebih. Aku rasa ngantuk sangat. Internet lak membe aku pakai. So aku terus masuk bilik. Even bukan bilik aku, tapi tuan empunya tak de..so leh la aku bermaharajalela lam bilik ni. Terus aku landing. Sakit lak kepala ni. Ari2 aku tido lambat. Ni la kesan sampingan nya. Aku terlelap. Betapa mudah nya aku tido.

Aku terjaga bila hp aku menghasilkan getaran jiwa yang luar biasa. Tanpa tgk nama penelefon, aku terus angkat.

Si Dia : Ello...
Aku: Ello..

Si Dia rupanya..

Si DIa: Dah tido?Awalnya?
Aku: Aah.. Sakit pale ah...Ni nape telefon time ni?Kak tak pakai telefon ker?

Tanya aku lam mamai2 ayam.

Si Dia: Nape sakit pale?Dah makan panadol lom?Jap je ni,pinjam telefon akak.
Aku:Tak yah makan ubat.Jap agi ok ah.
Si DIA:Tengok tu, kalu time die, tak nak makan ubat lak. KAlu kita.

Adeh..membebel lak..

Aku:Jap agi ok la nih...Ermm...Tak leh wish birthday la..Sape soh tak de Hp...
Si DIa:Ni telefon nak suruh wish la..
Aku:Ye ker??Awal lagi ni.

Jam baru pukul 10.30 lebih2..Adeh...Biar betul.

Si DIa: Cepatla..
Aku:Yer..Selamat ari lahir yang ke-20 tahun.Dah tua.Semoga panjang umur..

Macam2 la aku wish kat dier.Kalu tulis lam ni, tak esok pun tak habis.
PAstu kami sembang lagi, sampai la habis kedit die.He3..

4 Hb Mei 2009

Hari ni hari lahir si Dia. Lam room kami berjumpa. Dier kata ramai orang wish kat dier.Aku nyer mes dah lama dh aku send.Sebab tkt tk sempat.Ehe...Tapi dier nmpk gembira. She Said, I was the prezent for her. That sweet hah? Hehehe..

5 Hb MEI 2009

Tepat jam 12 pagi, aku send belated birthday kat dier. Aku rasa aku sorang je yang wish belated birthday, dan kali ni tepat pada masanya. Even aku yakin, dier akan bukak telefon pada malam hari.
Tapi, aku lupa lak ari ni gak, birthday abang ipar aku...

Tengah hari tu ma aku telefon. Tanya nape aku tak wish birthday abang ipa aku. Adeh...Memang aku lupa.Terus aku telefon dier, dan jadi orang terakhir eish birthday. Adeh..Bercinta nyer pasal...Hehehe...

6 Hb MeI 2009

Ari ni pun hari bersejarah untuk kami. Me and her. Annivesery kami yang ke 1 bulan. Kejap jer rasanya. Satu bulan. Angka yang kecil, dan angka kedua selepas kosong. Sememangnya aku dah wish. Semoga kita kekal yer. Tu jer kot ayat yang paling aku rasa perlu dan paling aku harap.

8 hB mEI 2009

Hari ni aku kena balik awal. Ada aktiviti keluarga yang perlu aku lakukan. Dah plan ngan kak long. Nk wat kejutan kat abang ipa aku. Tugas aku? Beli kek untuk abg ipa aku. So petang tu, aku terus pergi kedai kek. Dah beli kek perisa coklet. Sedap lak bile aku ingat balik. Pas aku bayar, aku tinggalkan kek tu kat kedai tu. Cam taktik aku wat kejutan tuk putri. Bila la time aku lak nak terkejut. Ehe..Asyik aku jer yang wat kejutan.

Pas balik dari kedai Kek, aku terus menghadap pc. Layan internet. Layan nyer layan, dah kul 9 malam. KAk long dah telefon. katanya, lagi 15 minit sampai. Adeh!Kek lom ambik ni..Terus aku ajak Ije. G ambik kek.

Aku: Je, teman aku ambik barang jap, jap jer...
Ije: Ermm...

Adeh..Wat muke blur lak.Aku nk cpt ni..MAsa tu ije ngah berboxer jer..Adeh..

Ije: Jap, pakai suar.

Aku terus kuar dari umah, tunggu ije..Adeh..Lambat lak dier.. Lama gak aku tunggu, pastu baru dier muncul.
Aku terus ke kedai kek. Adeh, lawa gak awek kedai kek ni.EHe..Ngorat kang, ari2 leh makan kek..LEh gemuk aku ni.. Opps!!! Si dia ader..Ehe..
Sampai kat umah, terus aku masukkan kek lam beg kain. PAstu aku letak baju2 aku lam beg tu. Yes! Menjadi.. Tak sampai 2 minit...Abg Ipa aku dah sampai...

Kami menuju ker Bangi. Nak ambik puteri bongsu. adik aku..Yana lak.. Sampai sana, lambat lak YAna nie...Sib baik bukan aku yang tunggu..Kalu tak..Mesti kena marah kat aku.

Pas ambik Yana, kami menuju ke Satay Haji Samuri.
Makan satay dan kek..
Semua nyer berjalan lancar. Tapi muka Abang Ipa aku rileks jer. Maybe terkejut kot. Ntah la..
Kul 10 aku balik.. Pastu layan internet jap. Lambat gak la tido malam tu...

Friday, May 8, 2009

Emo VS I.S

Sabtu 2 HB Mei 2009

Jam dah kul 11 malam...

Kami sampai di GOmbak..bertempat di Esfan..Kami bersua muka dengan dak2 emo..Semabng nyer sembang..(ae,put dan aku tak sembang sgt pun..just dok diam..maklum la tak biasa)
Kul 12 pagi..Kasa n aku pergi hantar put dan ae...kami janji akan datang pas anta mereka nih..

Jam 2 pagi..Aku dan kasa sampai di Esfan...Kami lepak smapai kul 5 pagi..Time tu kami just berempat...Red dan CAng mewakili emo..Kul 5 lebih..aku bertolak ke rumah kasa di KL...

Sampai di kondo KAsa...Ader lak masalah..tak de parking!!

TErpaksa la aku ngan kasa ronda2 dulu...Ronda2 KL...PAstu kami patah balik ke kondo..dan..still lagi tak de parking.. Kasa park kete kat lobby..aku turun dan tertido atas krusi kat lobi tu..Sedar2..kasa dah tak der..adeh..ner lak kasa nie?agak2 la tinggal aku sorang2 kat lobi ni..adeh..sib baik aku ni lelaki..kalu pempuan?dah lama kena rogol dek pak guard yang ntah dari negara maner nih...aku dah merepek sorang2..mklm la kena tinggal..

Tiba2 kasa muncul..dgn gaya kasanova dier tuh...Akhirnya..kasa n aku park je kete kat lobi tu..sampai kat dalam umah aku terus landing..tido...

KUL 9-10 pagi

Adeh..der miss call...Dalam mamai mamai kerbau aku hantar sms ke no tu..

Aku: pe barang miss call...
No rahsia: pe barang miss call
Adeh.leh lak dier forward sms aku ni..Aku terus balas sm tu..

Aku: Oit fara!ni sys la...
No rahsia: fara?sys?ni saper nih?

Aku terus terkejut..adeh br aku ingat,,ni no kak Si Dia...adeh..kantoi...Terus aku tak leh tido..even mata tak leh bukak..terus aku ke ruang tamu..

Aku: Wei kasa..aku kantoi ngan awek aku ah..adeh..aku mamai...
Kasa: pastu?

Adeh...leh lak dier ckp ngan aku..,endah tak endah..adeh..tak fhm jiwa langsung.aku terus isap okok..pastu niat di ati nk sambung tido..even ati ni dah risau si dia merajuk...
Masuk bilik..de lak mes dari dia..huh!lega..

Si dia:saper fara?

Aku terus tel..pe lagi..sesi pujuk memujuk lah..sib baik la dier leh time..kalu tak...tak tau la nk ckp per...Tapi..aku tak risau dier merajuk..tapi risau famili dier tau..dier ade pakwe...tu je yang wat aku risau. Pas setel mslh..kami sms jap..sampai la kau tertido..

Sedar2 dah jam 6.30 petang..
So..siap2..kasa anta aku balik ke Serdang...Kt kedai makan..barulah kami sembang dgn rancak..semua pasal pempuan..agagagaga...Pas kasa balik..aku terus layan internet...

Perjumpaan I.S

Adeh..lama dah tak menulis blog ni.. So..cerita lama kena la diimbas kembali...

1 Mei 2009 (Jumaat)

Tepat jam 8.00 am aku dah bangun. Even tido tak ckp semalam..tp aku gagahkan gak mata ni..Terus ku ambik hp dan hantar mes...

Kak...jadi ke tak?nk gerak kul baper ni?

Adeh..lambat lak org tua ni balas mes..Sbb lama menunggu..aku tertido..sampai la vibrate hp aku,menyedarkan aku dari tido yang best..

Jadila..akak gerak lam kul 10 am.

Kul 10?Adeh..lmbt lagi ni..skunk br 8.30 pagi..leh sambung tido lagi ni..lantas ku sambung tido..sebelum tu ku kunci jam kul 9 pagi.
Aku tersedar biler jam berbunyi..adeh....aku bangun..kul 9..ermm...sempat lagi aku on kan pc..pastu on9 jap..
Kul 10 baru aku mandi..pastu siap-siap..nak g jupe adik beradik IS aku..perjumpaan jam 12 tgh ari..tapi aku kena gerak awal..sebab de plan ngan kak hani..nk wat surprice kat put..

DALAM KOMUTER

Aku sampai kat komuter serdang lam kul 11 pagi..Ngah beratur nk beli tiket..hp ku bervibrate lagi..

Akak dah sampai..

Adeh..org tua ni dah sampai dah...aku still kat komuter nih..adeh..

Jap kak..otw..kalu kak tak nk tunggu..kak beli la dulu kek tuk put tu..t sys bayor..

Takpe la..kak tunggu..kak nk cuci gambar jap ni..

Adeh..sempat tak ni..perjumpaan kul 12..kang put sampai...tak surprise lak..adeh..

Akhirnya aku lam komuter..adeh..ramai nyer org...Ermm...Nasib baik la destinasi ku tak jauh...Ngah tunggu saat ketibaan ni..komuter berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan...

Adeh..ramai nyer org turun..Maklum la..ari cuti..ramai nk balik kampung..nk ke pudu la ni..stesen plaza rakyat..bebel aku lam ati,..sambil bg ruang kat org turun..

Tiba-tiba jer..blakang aku kena tolak..adeh..mamat maner lak yang sengal nih..tak nmpk ke ramai org depan aku ni..Lama gak aku berdiri tegak..menghalang org belakang aku yang makin mendesak dan terdesak nk kuar..Last2..aku bagi la..Dier kuar..leh la dier tgk muke aku..Aku pun hangin..Aku membebel..Nk kuar bgtau la,,,ni tolak2 lak..

Tiba-tiba lak..uncle yg dok sebelah laki2 time atas komuter menjerit..lam bahsa cina lak tu..adeh..nape ni..laki2 td lak..dah lari..Sah la ni..Penyeluk saku lah ni..Aku lak..tercengan je lah..Nk kejo ke tak..lam ati la..Last sekali aku berdiri je lam komuter tu..Masa komuter gerak..aku still dok pegang bontot..takut lak aku yang kena..Lam ati aku nyesal la gak..Sebab tak halang laki tu kuar..kalu la aku halang..Adeh..menyesal pun ader..kalu tak dah jadi hero..


MID VaLLEY

Akhirnya aku sampai di Mid valley..dah nk kul 12.00 pm dh ni..adeh..lmbt..Alu terus call Kak Hani..

Aku: Ello kak,kat ner? Kak Hani: Kat food court Aku: Ok..

Terus aku letak..Adeh..lupa nk tanye landmark..besar gak food court tu.. terus aku taip sms..Tanyer land mark..Aku dah sampai tingkat atas..tp kak hani tk balas pun sms aku..Tel Kak Hani..tp tak leh..Adeh..naper lak tak leh ni...Aku pusing2 lam food court tu..pusing punyer pusing..jupe gak org tua nih..ngan husband dier..LAntas aku salam ngan husband dier..

Pastu kami terus pergi beli frame gamba dan pembalut sekali...Kami bungkus kat KFC..Even ramai yang tak de tempat duduk...Tapi kami selamba jer dok ctu..Tak order makanan lak tu..

Pastu kami pergi beli kek..N then tinggal kek tu kat ctu..Jam dah kul 1..Aku anta sms kat put..

Kat ner?

Cepat jer minah ni balas...

Kat KL Central..Tunggu Fie...dan Juan

Tunggu Juan tu pas aku tel dier...tel nk mrh..tp tak jadik..
Dan..penganjur lak..aku anta sms..dan...baru bangun..
Adeh..adik adik ku...nape la lambat..

Akhirnya Put,Fie dan Juan sampai..Time tu aku,kak hani n hubby br pas tgk wonder pet..
Time tu gak Tun dan kawan dier sampai..Tun sampai dulu..br la tersengih2 Put n Fie..Juan lak malu2..




Kek Untuk Put




Kami lepak kat food court..Masa semua belah nk g mkn tgh ari..Aku lak pergi ambik kek..Ms aku nk g tu..Si dia tel lak..Time tu kul 1 lebih..

Si Dia: Ello Aku: Ello Si Dia dan Aku: KAtner?
Adeh..leh lak sama2 tanya..adei...

Aku: Women first Si DIa:Kat Kepong dah.. Aku:Kat Mid nih..Der perjumpaan Si Dia:ooo...Perjumpaan IS kan? Aku: Aah.. Si Dia: Tak g semayang jumaat eh.. Adeh..kantoi lak...Hu3.. Aku: Jap lagi g lah..nak g dah ni..nak g ambik kek jap..
Sempat lagi cober line..padahal dah kantoi dah..

Banyak lagi kami sembang..sampai la aku kena pergi..kalu tak..hangin la dorang tunggu..agagagaga..

AKu ambik kek..adeh...leh lak dier soh aku bawak cam ni...Pegang kotak..tak pegang pemegang plastik..cam pe tah..Masa aku jalan...semua org tgk..mesti dorang ingat aku ni romantik..agagaga..beli adiah tuk awek..padahal tuk putri IS...
Sampai kat life..jenuh aku tunggu..penuh je lif..adeh..last2 dapat gak naik...baru nak sampai..kak hani dah tel..lamanyer..katanyer..aku pantas jer jwb..dah sampai...

Time bukak kek tu..terbeliak gak la mata put..cam nk nangis pun ader gak..TP ok la..kejutan menjadi...







Put dengan wajah terkejut..tak tau la sama ada wat terkejut or betul2 terkejut




Time ngah makan tu..datang la penganjur...biasa la bos..mesti lambat..Kasa datang...
Lama gak la lepak ctu..
PAstu kami usha line nk main boling..ramai lak..usha wayang..ramai gak..last2..K.hani n hubby dier pun balik..Tun dan teman dier pon balik gak...



Ni la dak2 IS yang dapat datang... Dari kiri Kasa,Juan.Tun,Put,Fie,Kak Hani, Sys (tiada lam gambar..ramai sgt)


Pas Kak Hani balik..Kami tunggu 3 org yang otw dari semalam lagi..Orang nyer adalah Red,Cheeno dan Anak Emak(ae)..

Tunggu nyer tunggu..jumpalah kami dengan mereka di KFC...So semua dok makan KFC...
Padahal tak semua..yang makan kasa,cheeno dan ae jer..Masa ngah makan..kami plan la nk g karaoke..Destinasi:Sogo.

AREA SOGO

Aku,Cheeno,Juan,Put,Fie dan Juan..kami menaiki komuter..Kasa dan Red lak naik kete..
Masa kat komuter kami sibuk dok tempah bilik karaoke..adeh..kul 7 baru de kosong..

Akhirnya kami sampai di Bank Negara nyer pit stop..Bncng nyer bncng..kami bersetuju tuk usha satu tempat karaoke lagi..Di jalan pe tah..Nasib baik perjalanan kami tak sia2..Ada kosong..

Ape lagi..karaoke time...semua tunjuk bakat..kecuali fie dan put..padan muka gak kat KAsa dan Red...Sbb terlambat..Tp..sempat gak karaoke.. GAmbar karaoke tak der yang lawa..so wat malu jer aku nk letak lam blog ni..Dan gambor ramai2 depan karaoke gagal nk di ambik..sebab..bateri kamera habis..adeh...

Aktiviti aku tak berakhir di sini...pas karaoke..kiteorg ke Sogo lak..Cheeno balik tuk beli barang dapor...

Lam sogo..hajat tuk put shopping tak kesampaian..sebab?Kami lepak sn sampai kul 8 lebih..

Bncng lagi..kali ni kami nk pergi jupe dak2 emo lak..Sekali lagi..ade yang nk balik..Juan dan Fie lak balik...Red lak naik komuter tuk ke Mid..ambik moto...Aku,kasa,put dan ae..menuju ke Serdang...Umah aku...

To be continue....


Gambar2 gathering..







Bermesra sebelum berpisah



Sibling like no other



Sibling like no other





fren like no other (red)




Ae dan Cheeno