Sunday, May 24, 2009

Cinta Sebenar : Bab 3

Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Ida memang marah, marahkan Shah. Ingin saja dia memaki hamun mamat yang boleh dikategorikan bodoh itu. Tapi Ida diam, sms dari Shah tidak dibalasnya. Begitu juga sms dari Ikram. Bagi Ida, Ikram seorang yang perasan dirinya kacak. Boleh dikatakan Ida memang tak suka kan Ikram. Lamunan Ida terhenti apabila telefonnya berdering. Nama yang terpapar di skrin adalah Ikram.

Ida menjawab, " Hello Ikram".
"Hello Ida, awak kat ner?"
"Saya kat bilik,naper?" "Saya kat blok awak ni, tunggu depan foyer ni, awak turun la kejap yer."
Lantas Ikram mematikan telefonnya. Ida terdiam. Mahu sahaja dia menyumpah seranah Ikram ni. Rasa menyesal pula kerana menjawab telefon dari Ikaram tadi. Ida menyiapkan dirinya. Ringkas, wajahnya tetap ayu biar pun tanpa make-up yang tebal. Sememangnya Ida bukan jenis yang suka mengenakan make-up di mukanya.

Sewaktu turun, Ida nampak Ikram yang tersengih-sengih. Meluat hatinya melihat Ikram.

"Hai Ida," sapa Ikram.
"Hai, awak nak ape?" Tanya Ida.
"Nah, ambik nie," balas Ikram sambil menghulurkan bungkusan hadiah yang dibalut kemas.
"For what?" Tanya Ida, terkejut.
"Awak lupa eh? Awak ajar saya tentang tugasan subjek pemasaran? Ni sebagai tanda terima kasih saya." jawab Ikram panjang lebar.
" Saya nak gtau awak, memang saya suka kan awak, tapi bagi saya bercinta, bercinta juga, tetapi saya perlukan teman untuk belajar bersama-sama saya. Dan bagi saya, orang itu adalah awak." Lancar sekali ayat-ayat dari Ikram, yang membuatkan Ida terdiam. Di lubuk sanubari Ida, dia berasa bersalah kerana menganggap Ikram seorang yang suka mempermainkan perasaan gadis-gadis.
" Saya harap, Ida boleh menjadi kawan saya, dan kita boleh belajar bersama-sama. Soal hati Ida, that okey. Take ur time. Maybe someday u will fall in love with me. I will waiting." sambung Ikram.

Ida tergamam lagi. Tidak mampu menjawab kata-kata Ikram. Terkejut dan perasaan bersalah mula menebal di hatinya.

"Ik, saya naik dulu yer, thanks for this prezent. Malam ni saya sms awak, bagitau keputusan saya." Ida membalas dan terus berlalu.
Ikram terus tersenyum dan membiarkan Ida berlalu pergi.

************************************************************************************

Ida merebahkan dirinya ke tilam yang empuk dan menjadi teman tidurnya selama 2 minggu yang lepas. Ingatannya kembali kepada satu minggu yang lepas, di saat Ikram menghantar sms pertamanya. Di saat dia memberikan nombor telefonnya pada Shah.

Salam, saya Ikram. Kawan Shah. Saya yang mintak Shah ambilkan no telefon awak. Sori sbb tak mintak sendiri, segan lah. Sbb dulu pernah mintak, tp awak tak bagi. Salam perkenalan yer.

Selepas menerima sms dari Ikram, Ida membalas dengan kata-kata yang kasar, dan mencemuh Ikram dan Shah. Apabila mengenangkan kembali saat itu, Ida terasa malu. Walaupun marah, Ida tetap menolong Ikram yang bertanyakan tentang kerja dan tugasan subjek pemasaran. Kebetulan mereka satu kumpulan. Patutkah aku mempercayai Ikram? Dan menerimanya sebagai rakan? Ida mula bermonolog seorang diri. Bagaimana dengan Shah? Apa kata Shah seandainya melihat Ikram dan dirinya bersama. Biarlah Shah tu, he the stupid man that i have seem. Perasaan marah Ida kembali membuak-buak terhadap Shah. Terasa dipermainkan.

Ida mencapai telefon bimbitnya. Dan menghantar kepada Ikram.

Thanks for the present. Nice. Pasal nk jadi kawan tu, boleh kot. But just fren. No love until i fall in love with u.

Sms itu dihantar. Terasa dirinya mementingkan diri. Tapi Ida tidak kisah. Baginya, dia perlu kenal hati budi Ikram terlebih dahulu. Lagipun, dia memijak ke menara gading bukanlah untuk bercinta. Tetapi untuk menggenggam segulung ijazah. Sms dari Ikram yang diharapkan tidak hadir. Ida mula tidak sedap hati. Terasa kah Ikram dengan kata-kata ku?


************************************************************************************

Shah berjalan sendirian di tepi kolam. Sememangnya di sinilah menjadi tempat Shah menenangkan perasaannya. Hatinya terluka, apabila mengenangkan hubungannya dengan Ida, dan hubungannya dengan Ikram. Selepas kejadian nombor telefon itu, Ikram tidak lagi menegurnya. Kalau diikutkan hati, dia memang tidak akan memberikan nombor telefon Ida. Kerana bagi Shah, Ida adalah cinta pandang pertama dan cinta pertamanya. Shah duduk di bangku yang sememangnya disediakan oleh pihak pengurusan universiti untuk meberi kemudahan kepada pelajar-pelajarnya. Fikirannya mula menerawang jauh, kembali kepada satu minggu yang lepas. Sebelum dia memberikan nombor telefon Ida kepada Ikram. Kata-kata Ikram yang pedih kembali diingatnya.

"Mana nombor Ida? Cepatlah bagi, jangan nak potong line aku lak," tanya Ikram.
Shah dalam dilema, lantas menjawab, "Kau nak, kau mintak la sendiri."
Ikram mula melenting, "Aku dah belanja air pastu kau dah setujukan? Kau tu kuli aku, muka tak kacak macam aku, mana layak dengan Ida tu," jawab Ikram dengan nada sendirin.
Adakah nilai aku ni segelas air? Shah terdiam dan mula berfikir sendirian. Siapa potong line siapa? Pelbagai persoalan meluru masuk ke kepala Shah.

Kata-kata itulah yang menyebabkan Shah mengalah. janji tetap janji. Shah bukanlah seorang yang suka memungkiri janji. Dari kecil lagi dia diajar untuk tidak memungkiri janji.

Lamunan Shah terhenti apabila dia melihat seorang gadis, yang memang amat dikenalinya. Ida bersama seorang lelaki. Berjalan seiringan sambil bergelak ketawa. Lelaki yang cukup dikenalinya. Ikram, lelaki yang menjadi sahabatnya, dan menjadi musuh cintanya.


Bersambung....


Adakah peluang Shah untuk memiliki Ida sudah tertutup? Bab 4 akan menceritakan segalanya.






0 comments:

Post a Comment