Friday, May 29, 2009

Cinta Sebenar : Bab 4

BAB 4

Sejak mereka keluar bersama, hubungan Ida dan Ikram bertambah erat. Kemana sahaja, mereka pasti berdua. Mulut-mulut yang tidak mampu ditutup, terus membicarakan hal-hal mereka. Pasangan paling panas sepanjang zaman. Itulah gelaran mereka berdua. Bagi Ida, dia tidak kisah, niatnya bersama Ikram hanya untuk belajar bersama-sama. Walaupun perasaan suka kepada Ikram semakin bertambah-tambah, namun Ida tidak pernah dihanyut oleh perasaan itu. Seperti biasa, selepas waktu kelas mereka berdua akan belajar bersama-sama. Perpustakaan menjadi rumah kedua mereka.

Ida memulakan bicara sambil berjalan keluar perpustakaan, " Ik, Shah dan Ik dah tak jadi kawan ker?" Tanya Ida penuh minat.
Ikram hanya terdiam, dan menguntumkan senyuman yang mampu mencairkan seribu gadis, "Tak lah, kami still kawan jer. Just tak rapat sangat cam dulu, naper?" Jawab Ikram sambil melangkah seiringan bersama Ida.
"Tak de lah, saya tak nak sebab saya, Ikram dan Shah tak berkawan macam dulu. Ik cam tak de masa je bersama dengan Shah."Bicara Ida seperti anak kecil yang inginkan sesuatu.

Ikram terdiam sambil terus melangkah. Sememangnya Ida faham, seandainya Ikram diam, bermakna Ikram tidak mahu meneruskan perbincangan tadi. Ida hanya menuruti langkah Ikram, di hatinya diselubungi seribu pertanyaan.

Ida terus merebahkan badannya ditilamnya. Sambil memeluk bantal kesayangannya. Hari ini, hampir setiap saat dia memikirkan Shah. Ya, dia amat merindui lelaki yang berkulit hitam manis itu. Hampir seminggu dia tidak melihat Shah, yang selalunya akan duduk di belakang kelas, sambil membuat lawak yang memecah kesunyian kelas dan dewan kuliah. Dalam diam, Ida mula meyukai lelaki itu, walaupun lelaki itu pernah menyakiti hatinya.
Dah seminggu aku tak jumpa dia, walaupun terserempak, aku tak pernah nk tegur dia. Dia lak tak pernah pandang mata aku bile terserempak dengan aku. Kasar sangat ke aku ari tu. Kalu bukan kerana dia aku dan Ikram tak kan jadi sahabat baik. Patutkan aku telefon dia? Monolog Ida terhenti apabila dia menerima pesanan ringkas dari Ikram. Pesanan ringkas yang menyebabkan jantungnya berdegup kencang, darahnya mengalir pantas.

Did u love me as i love u? I wanna make u as my girl fren. Can I?

Ida terdiam, terharu? Tidak, dia belum bersedia untuk menerima cinta dari Ikram. Ida tidak membalas SMS itu. Sebaliknya menelefon seseorang yang amat dirinduinya.


*************************************************************************************

Shah berjalan masuk ke biliknya. Terkial-kial dia memasuki biliknya dan merebahkan badan di tilam empuknya. Kakinya masih sakit, di sebabkan itu dia terpaksa pulang ke kampung untuk menerima rawatan di sana. Bebelan ibunya masih bergema di cuping telinga. Dia tahu, ibunya berleter kerana risaukan keadaannya. Seminggu di kampung, dia dapat melepaskan rindu pada keluarganya. Kepulangannya memang tidak disangka oleh keluarganya. Juga tidak rakan seuniversiti yang tahu ke mana dia pergi. Ikram? Sememangnya mereka tidak pernah berbicara. Semasa dia mahu pulang ke kampung, Ikram tiada di bilik. Ingatannya kembali mengimbas panggilan telefon dari orang yang tidak disangka-sangka akan menelefonnya. Dari orang yang amat dirinduinya.

Hello, Shah awak kat ner? Suara lembut yang kedengaran mengejutkannya.
Hello, saya kat kampung ni. Awak nape telefon saya?Pasal Ikram ke?Dia sakit ker? Tanya Shah bertalu-talu penuh kerisauan.
Tak, saya risau pasal awak. Jawab Ida, meluahkan perasaan yang sekian lama terbuku.
Saya okey jer, esok saya balik sana. Awak tak yah la risau yer. Jawab Shah yang masih terkejut.
Awak dah maafkan saya ker?Tanya Shah dengan nada ingin tahu.
Dah la awak, yang lepas biarkan berlalu. Kalau bukan sebab awak, saya dan Ikram tak kan berkawan baik. Nanti kita jumpa yer.

Kata-kata terakhir Ida mengembirakan Shah. Sudah sekian lama dia menanti untuk berjumpa dengan Ida dan kata-kata itu juga telah menyemarakkan rasa cintanya terhadap gadis itu. Namun hari ini, Shah mula serba salah, ini kerana dia sedar dia sedang mencurah minyak ke api. Persengketaan dia dengan Ikram mungkin akan bertambah sukar untuk dipadam seandainya dia rapat dengan Ida.


*************************************************************************************


Petang itu, Ida mengenakan baju t-shirt bersama dengan seluar jeans kesayangannya. Petang ini, pertemuan pertama dia dengan Shah. Pertemuan pertama yang dirancang oleh mereka. Ida berjalan menuju ke destinasi pertemuan mereka. Ida mula berasa berdebar-debar apabila melihat Shah dari jauh. Perasaan yang tidak pernah wujud apabila dia bersama Ikram, ataupun bersama kawan lelakinya yang lain.

Melihat sahaja Ida, Shah terus melambai-lambai tangannya. Lambaian Shah membuatkan Ida tergelak. Sememangnya lelaki ini sentiasa membuatkan Ida tersenyum, celoteh lelaki ini membuatkan Ida hilang marah dan hilang tekanan belajar, walaupun tidak secara langsung.

"Assalamualaikum awak, sihat?" Tanya Shah sebaik sahaja Ida berdiri di hadapannya.
"Waalaikummusalam. sihat je, awak sihat?" Ida menjawab dengan senyuman manisnya.
Shah tidak menjawab, sebaliknya menunjukkan bahasa isyarat tanda dia tidak sihat.
Ida tersenyum dan angguk tanda faham. Mereka menuju ke stesen bas untuk pergi ke pusat bandar.

Ikram tidak senang duduk. Dia seperti ibu ayam yang hendak bertelur. Sudah berpuluh-puluh pesanan ringkas yang dihantar kepada Ida, tapi satu pun tidak terjawab. Sudah beratus kali Ikram menelefon Ida, satu panggilan pun tidak dijawab. Ikram resah, bimbang kata-kata cintanya membuatkan Ida menjauhi diri daripadanya. Sememangnya Ikram menyanyangi gadis yang bernama Ida itu. Walaupun ramai gadis yang mahu mendampinginya, namun Ikram menolak. Baginya Ida terlalu istimewa. Ikram mengambil kunci motosikalnya dan berlalu pergi. Destinasinya pusat bandar. Dia perlu menenangkan hatinya yang dilanda taufan.






Bersambung.....

Apakah Shah dan Ida akan bercinta? Bagaimana pula dengan Ikram?

0 comments:

Post a Comment