Monday, May 11, 2009

10 MeI Hari Ibu

Ari ni dah 12 Hb Mei, tapi aku masih ingat lagi pada 10 hb Mei. Hari Ibu.

Masa tu aku dok chatting. Kat room tagged. Lam kul 9 lebih aku g mandi, pastu kul 10 lebih aku ngadap lagi pc. Ermm.... Kul 12 aku nak main futsal, biasalah... Hobi aku wat masa sekarang. Kalau der jemputan aku turun la, bukan sape pun, jiran sebelah rumah jer. Tengah aku chat, jam dah nak masuk kul 12. Dalam room dah sibuk dok cakap pasal Hari IBu. Memang aku tak lupa. Dah plan awal2 dah. Sambil aku chat, aku taip sms kat ma aku.

"Selamat hari ibu. Untuk bonda tercinta.. Semoga ma sihat2.. Panjang umur..Selamat hari ibu ma. MMuahh!Love u.."

Love u... Bg aku, aku jarang sebut perkataan itu untuk ibu ku. Tapi hari ni, kata2 tu terbit melalui hatiku. Diterjemahkan di skrin hp ku.

Tapi, tiba2 lak nombor telefon ma aku ni tak de lam telefon. Adeh..Rasa dah save. Mane nih. Anta je la dulu. Aku anta kat no tel abah ku. Pastu ku telefon..

Aku: Ello bah, ma mano?
Abah: Ma naik keto api doh. Pagi tadi.
Aku: Yo ko? Abah ado no. ma dok? Abah ambik, nanti a.ngah telefon balek..
Abah: A.ngah tanyo Yana lah deh.

Ermm..Aku tau sangat abah aku ni, bukan dier tau pun nak cari cam ner. Maybe dier pun ngah tido kot. Dah kul 12. Sebelum sempat aku telefon adik ku sorang ni, member2 dah panggil. Nak main futsal. Adeh, tak sempat. Lantas aku siapkan diri kemudian bergerak ke Bangi, Aktif Futsal.

Atas kete aku miss call no adik aku, pastu hanta sms.. Belum sempat aku taip, sms dah sampai. Dari Yana.

Yana: Sapo nih?
Aku: Wak mari no ma.

Tu jer jawapan aku.

Yana: 017-XXXXXXX

Terus aku cari send message, pastu 4ward balik sms yang ku anta kat no abah.

Huh! Lega. Selesai tugas ku yang sekecil hama, sehalus virus2 yang tak mampu dilihat.

Pastu, aku teruskan aktiviti aku. Main futsal. Pe yang pasti, keadaan stamina aku dah makin teruk. Penat sangat. Tapi dapat bertahan selama sejam. Tp game aku ari tu, hampeh. Just score sebiji jer. Prestasi paling teruk kot? Yang pasti gak, lutut aku injured lagi, terketar2 aku tahan sakit.

Jam 2 pagi lebih2, aku sampai kat umah. Terus aku msk room. Pastu chat.

Pastu baru ku sedar, ade sms.

Time kasih, ingak tok ingak doh. Abe n kak long wish minggu lepas lagi.

Aku tak balas. Diam. MEngapa ek? memang aku macam ni, tak penah tunjuk aku sayang famili aku. Aku berbeza bila dengan famili. Aku berbeza bile dengan kawan.

0 comments:

Post a Comment