Sunday, June 7, 2009

Cinta Sebenar : Bab 5

Bab 5

Ikram menghempaskan topi keledarnya. Drama yang baru disaksikannya cukup menghancurkan hatinya. Drama cinta yang membuat marahnya membuak-buak. Dia tidak sangka, rakan sebiliknya yang akan merampas gadis yang amat disayanginya. Sekian lama dia menyimpan perasaannya dan setelah sekian lama dia menunggu, akhirnya Ida dirampas orang. Ikram mula menyimpan dendam, dan bersedia untuk merampas Ida dari lelaki yang menjadi musuh barunya, Shah.

Shah agak penat, dengan keadaan kaki yang masih belum sembuh, dia menaiki tangga menuju ke biliknya. Aduh, time kaki aku sakit ni, lif lak rosak. Dengus Shah yang termegah-megah menahan penat. Shah duduk ditepi tangga, menyeka peluhnya yang keluar. Namun kepenatan dan ketegangan Shah hilang apabila dia teringat kenangan dia bersama Ida. Sememangnya hari ini merupakan hari yang bermakna buat Shah dan Ida. Hari ini juga, segala kekusutan antara mereka terurai dan rasa sayang antara mereka diluahkan. Akhirnya dalam tidak Shah sedar, mereka telah menjadi pasangan kekasih. Lamunan Shah terhenti apabila telefonnya berbunyi.

Awak, thanks. Im happy with u.

Shah tersenyum membaca sms yang dihantar Ida. Shah bangun dan menuju ke biliknya. Sebaik pintu dibuka, Shah terkejut melihat Ikram yang sememangnya sedang menunggu dia.
" Kau keluar ngan Ida kan?" Tanya Ikram setelah melihat Shah.
Shah tergamam, tidak pasti untuk menjawab pertanyaan itu, " Yup, aku keluar dengan Ida, nape?" kini giliran Shah pula menanyakan soalan kepada Ikram.
" Kau tau kan, Ida tu awek aku? Nape ko kacau lagi?" Tanya Ikram bertalu-talu, seolah-olah peguam bertanya soalan.
" Aku dah tanya Ida, dia kata antara kau dengan dia tiada hubungan apa-apa kecuali kawan." Shah memberi penjelasan ringkas.
Ikram terdiam. Sememangnya dia dan Ida tiada hubungan yang istimewa. Hanya kawan. Ikram berlalu keluar, sambil memandang wajah Shah.

************************************************************************************

Sejak peristiwa itu, hubungan Shah dan Ikram semakin renggang. Mereka berdua sememangnya tidak boleh bersua muka. Ikram pula telah melancarkan perang mental, dia mula menyebarkan berita tentang Shah yang merampas kekasihnya Ida kepada kawan-kawannya. Shah dipulau oleh rakan sekelas, dan seandainya kawan-kawan Shah melihat Shah bersama Ida, jelingan penuh dendam akan ditunjukkan oleh mereka.

Ida duduk disebelah Shah yang telah lama menunggu. " Sorry awak, lambat. Tadi ade perbincangan dengan kawan-kawan pasal execimen." Ida mula meminta maaf kerana sedar tentang kesalahannya. " Tak pe, kan Ida dah bagi tau tadi," balas Shah sambil tersenyum. " Shah ok ke? " tanya Ida. " Ok je, nape? Ni mesti pasal Shah kena pulau kan? I'm ok. Don't worry la." Shah menjawab sambil bangun. Ida mula terpinga-pinga melihat Shah bangun. "Shah nak pergi mana?" tanya Ida dengan nada risau. " Awak lupa ye? Kan kita janji nak ke library. Semalam awak yang beriya-iya nak saya ajar subjek ekonomi kan?" Jawab Shah sambil berjalan meninggalkan Ida. " Tunggu!!" Ida berlari menuju ke arah Shah. Mereka menuju ke arah perpustakaan yang tidak jauh dari fakulti mereka.

Shah dan Ida berjalan seiringan. Petang itu, mereka jogging bersama-sama. Sememangnya Shah seorang yang suka bersenam. Walaupun kakinya baru sembuh, namun Shah tetap mahu meneruskan aktiviti rutinnya ini. Ida pula memasamkan muka, kerana terlalu risaukan Shah, Ida terpaksa menemani Shah. Pada kebiasaannya, Ida akan duduk di bilik sambil melayari internet. Tapi petang ini, dia terpaksa membatalkan aktivitinya itu.
" Kalu yer pun tak ikhlas teman, jangan la masam muka macam tu," ejek Shah dengan senyuman manisnya. Ida terus memasamkan mukanya sambil terus berjalan. " Dari awak dok mengadap komputer, baik awak teman saya jogging, hilangkan lemak di badan tu. Ni tak, awak bela lemak." sambung Shah sambil gelak. Ida makin masam. Walaupun dia mula geli hati dengan gelajat Shah. "Ye la, Shah belanja Ida minum pas ni. Ok? Jangan la masam-masam lagi." pujuk Shah setelah melihat Ida semakin mencukakan mukanya. Shah terus bergerak laju meninggalkan Ida dan melintas jalan. " Shah!!! hati-hati, kereta tu!!" Jerit Ida setelah melihat sebuah kereta dipandu laju menghala ke arah Shah. Shah hanya terpaku melihat kereta tersebut bergerak laju merempuhnya.




Bersambung....

Apa akan terjadi kepada Shah? Apa akan Ikram lakukan untuk mendapatkan Ida?

Bab 6 akan menjawab segala-galanya.

0 comments:

Post a Comment