BAB 2
Minggu orientasi yang memenatkan telah tamat. Shah lega, dia tidak perlu lagi mengenakan baju kemeja dan bertali leher. Rimas, dan leceh. Esok akan bermulanya kelas pertama, dan bermulanya dunia baru baginya.
Pagi-pagi lagi Shah dah siap. Ikram juga begitu. Mereka berjalan seiringan menuju ke perhentian bas yang terletak agak jauh dari blog mereka. Sampai di sana, kelihatan berpuluh-puluh pelajar yang menantikan kehadiran bas.
Aduh, ramainya. Semua pelajar baru lak tu, Shah bermonolog. Manakala Ikram, kelihatan gembira apabila hampir 80% yang menunggu bas adalah perempuan.
"Shah, ko tengok tu, ramai nyer awek,"kata Ikram dengan nada gembira.
"Tak de maknanye kalu ramai, kalu ko dok sini cam kerang busuk,pastu tak pergi ngorat," balas Shah dengan nada menyindir.
Shah masih ingat lagi, hari orientasi, Ikram sibuk nak teman wanita, katanya untuk teman belajar. Tapi dari sekarang, belum ada satu pun Ikram dapat ayat. Bukan nombor telefon yang gagal, malah nama pun dia gagal peroleh. Shah tersenyum sendirian, mengingatkan saat dia bertemu dengan Ida, sambil matanya mencari-cari kelibat Ida. Semasa hari orientasi, Shah hanya melihat Ida dari jauh, dia tidak berani untuk dekat dengan gadis yang diminatinya.
Lamunan Shah terhenti apabila sebuah bas sampai di hentian bas tersebut. Berebut-rebut pelajar lain untuk menaiki bas tersebut. begitu juga dengan Ikram, bergerak laju tanpa menoleh Shah yang terpinga-pinga. Ikram berjaya masuk ke dalam bas, tetapi Shah hanya tercegat melihat reaksi pelajar-pelajar lain. Matanya memandang tepat ke arah seorang gadis, yang amat dikenalinya, dan amat diminatinya. Wajah ini lah yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya, yang membuatkan dia tidak dapat melelapkan matanya. Ida dan kawan-kawannya tidak berjaya masuk ke dalam bas tersebut. Bas terus bergerak menuju ke kampus. Ikram hanya menunjukkan isyarat telefon aku kepada Shah, dan Shah mengangguk tanda faham dengan bahasa isyarat tersebut.
Shah menuju ke arah Ida, dan berdiri sebelah gadis yang cantik tersebut.
"Kelas awak pukul berapa?" Tanya Shah sambil tersenyum.
Ida menoleh ke arah Shah, dan menjawab dengan endah tak endah,
" Pukul 9 pagi".Mendengar jawapan tersebut, Shah mula merasakan Ida tak pernah mengingatinya dan tak pernah mengingati muka yang pernah didenda akibat ponteng pada minggu orientasi yang lepas.
Shah diam, membisu. Malu mungkin, atau merasakan dia telah membazir masa-masanya dengan bermimipikan gadis ini.
"Awak tak ingat saya?" Tanya Shah lagi.
"Tak", ringkas jawapan Ida. Namun cukup membuatkan Shah kecewa.
"Kan awak pernah langgar saya?Pada hari pertama orientasi?""Awak...Saya dah ingat, tapi saya lupa nama awak," balas Ida dengan tersenyum manis.
Shah lega, dan tersenyum sekali lagi,
" Saya Shah, nice to meet u again", Shah memeperkenalkan dirinya sekali lagi.
Ida tersenyum, dan meminta maaf. "
Maafkan saya sebab tak ingat tentang awak, ingat mamat mane yang nak mengorat tadi. By the way, awak sorang je ker?""Tak, tadi berdua, tapi kawan saya dah naik bas tadi, dan saya tak sempat naik.""Oh..Ikram eh kawan awak?"Shah terkejut, terkenal ke mamat tu, sampai Ida pun tau? Rintihan dan perasaan cemburu mula melingkar dihatinya.
" Yup, Ikram, cam ner awak tau?""Saya tengok dia tunjuk isyarat ape ntah kat awak, tu saya tau"" Oh... tapi cam ner boleh kenal Ikram?""Ikram pernah mintak nombor telefon saya".Aduh, bila masa lak Ikram cuba mendampingi Ida? Rasanya hampir 24 jam aku lepak ngan Ikram. Suara hati Shah mula menunjukkan kerisauan.
"Awak, jom!Bas dah sampai,nanti awak tak dapat naik lagi", ajak Ida dengan senyuman manis yang selalu hadir dalam mimpi Shah.
"Ok,awak ambik kos aper yer?"tanya Shah sambil melangkah masuk ke dalam bas.
"Business Study. Awak?"Shah terkejut, tetapi dalam hatinya gembira sekali, mahu saja dia melonjak kegirangan.
" Saya pun, sama lah, dan..kawan-kawan awak ni?" tanya Shah sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Ida.
Ida tersenyum melihat gelagat Shah yang duduk tanpa menghiraukan kawan Ida yang juga mahu duduk disebelah Ida.
"Nak mengorat pun, janganla lupa kawan-kawan Ida, dan jangan lak duduk kalu orang tak sudi awak dok sebelah." tiba-tiba gadis yang juga kawan Ida bersuara.
Ganasnya, tak der ciri-ciri wanita langsung, bentak hati Shah.
"Sorry, saya tak tau," jawab Shah sambil bangun dari tempatnya, tetapi ditahan Ida.
"Tak pe la, Suli tu gurau jer. Tu Suli, kecoh skit,tp baik. Yang kat depan dua orang tu Ros dan Wati." Ida memperkenalkan kawn-kawannya.
"Hai," jawap Shah, ringkas dan mula berasa segan.
Saat berjumpa Ida, matanya hanya tertumpu pada Ida, dia langsung tidak melihat kawan-kawan Ida.
Bas sampai di kampus Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan pada jam 8.30 pagi. Masih awal, tetapi sememangnya Shah perlu datang awal, untuk mencari kelas yang masih belum diketahuinya. Ida dan kawan-kawannya sudah jauh meninggalkannya. Shah terpaksa menelefon Ikram, untuk menanyakan kedudukan kawannya itu.
"Wei, ko kat ner?" Tanya Shah.
"Aku kat food court fakulti." Jawab Ikram
"
OK ok..Kang aku sampai.Tunggu situ" Pesan Shah sambil melangkah laju menuju ke arah medan selera fakultinya itu.
Ketika berjalan menuju ke sana, Shah mula menyesal, kerana lupa meminta nombor telefon Ida.
Adeh,nape lak leh lupa. Marah Shah pada dirinya. Sampai di food court, Shah duduk di hadapan Ikram dan terus minum air yang sememangnya telah dipesan oleh Ikram.
"Sayang gak ko kat aku yer, beli air untuk aku?" Shah mula memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Sayang la sangat, sebab aku nak mintak tolong nih," jawab Ikram.
"Tolong pe lak?""Tolong dapatkan nombor telefon awek yang pakai tudung putih tu,nama dia Ida," arah Ikram.
Shah terdiam. Perlu ke dia bertanya nombor telefon Ida, dan memberi nombor telefon gadis pujaannya pada kawan karibnya?Perlukah?
"Wei..Boleh ke tak ni?" Tanya Ikram.
"Ermm...Leh kot." Jawab Shah. Dia juga tidak tahu mengapa dia perlu menjawab ya. Sedangkan hatinya meronta ingin mengatakan dia juga suka akan Ida kepada Ikram.
Shah bangun, dan menuju ke arah Ida yang sedang berborak bersama kawan-kawannya.
"Ida, saya nak nombor telefon awak," kata-kata yang tidak disusun itu keluar dari mulut Shah.
Ida terdiam,terkejut dengan sifat
gentleman Shah. Mungkin juga. Kawan-kawan Ida juga terdiam. Mulut mereka ternganga, mungkin seandainya lalat memasuki mulut mereka,mereka akan rela.
Ida tersenyum,
" Bak nombor awak, nanti saya miss call awak."Shah terus memberi nombor telefonnya. kemudian berlalu.
Shah menceritakan pada Ikram, dan Ikram melonjak gembira. Ini bererti dia telah mempunyai peluang dan ruang untuk mendapatkan hati Ida.
Hari yang memenatkan telah berakhir. Shah tidak dapat menumpukan perhatian dengan bebelan pensyarahnya itu. Apa yang ada di kotak fikirannya adalah Ida. Sampai sahaja di biliknya, Shah terus merebahkan badannya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Pesanan ringkas dari nombor yang tak kenali.
Hai,dah kat bilik ker? Penat ke?Saya tengok awak kat kelas dok termenung jer.Rindu kat famili ker?Pesanan ringkas yang tidak seringkas seperti namanya. Shah terdiam. Ida ker?
Shah terus membalas,
Yup, very2 tired. Termenung ingat nk blk bilik la. Tido. Ni sape yer?Ni ida la. Ramai sangat ke awek yang awak mintak no?Tak la, awak cakap nk missed call, ni dah hantar sms. Tu saya pelik.Petang itu mereka berdua merapatkan hubungan yang tidak pernah serapat ini. Kebetulan pula, Ikram keluar bersama keluarganya.
Pada malamnya, Ikram mula menanyakan nombor Ida. Shah berada dalam dilema. Patut ker dia memberi nombor telefon Ida pada Ikram? Akhirnya Shah mengalah dan memberikan nombor telefon Ida pada kawannya itu. Shah terus melelapkan matanya.
Pagi-pagi lagi Shah mendapat satu pesanan ringkas,
Nape awak bg no tel sy kat Ikram?Shah terdiam, memandang Ikram. Dia tahu, mesti Ikram yang bagitau Ida. Shah membalas sms tersebut,
Sorry, Ikram yang nk no tel awk. Tu saya mintak. Sori.Sms itu adalah sms terakhir dari Shah. Ini kerana, Ida tidak lagi membalas. Hanya diam, dan Shah hanya memendam rasa. Sekejap rasanya masa berlalu. Petang semalam cukup indah, tapi pagi ini, penuh dengan mala petaka.
Adakah Ida dan Shah akan bersama? Atau Ikram akan mendapat cinta Ida?